Ramai bengang bila dapat tahu iPhone sebenarnya ada ‘backspace’

Ini Jazz Johnson, seorang pelajar 19 tahun di Universiti Baylor dan di sebelahnya pula adalah antara muka yang ada pada kalkulator iPhone bila anda menggunakannya.

Setiap kali keluaran iPhone, pastinya banyak ciri baru yang diperkenalkan malah ada ciri-ciri lama yang di naik taraf mengikut trend semasa.

Namun tidak bagi aplikasi kalkulatornya, yang tetap menggunakan asas sama sejak pengeluaran iPhone yang pertama. Malah lebih menjengkelkan bagi pengguna iPhone, bila tersilap tekan nombor ketika menggunakan kalkulator, terpaksa kira daripada awal semula.

Namun, remaja ini membuka minda ramai pengguna internet apabila dia berkongsi cara sebenar untuk ‘backspace’ digit yang tersilap melalui laman sosial Reddit. Dia juga dapat pengetahuan ini dengan tidak sengaja.

Asalnya dia sangat geram kerana berkali-kali tersilap tekan nombor sehingga dia melemparkan telefonnya itu.

Rata-rata yang meninggalkan komen bahawa apa yang remaja ini kongsi banyak memudahkan hidup mereka. Kemain lagi.

Jadi, Johnson memuat naik satu video singkat untuk dikongsikan pada rakan dan pengikutnya di Twitter bagaimana untuk ‘backspace’ ketika menggunakan kalkulator iPhone.

 


Bukan sahaja yang ramai orang belajar sesuatu yang baru, tapi hampir seluruh pengguna iPhone naik gila. Rupanya ada caranya!

Bukan sahaja yang ramai orang belajar sesuatu yang baru, tapi hampir seluruh pengguna iPhone naik gila. Rupanya ada caranya!

 

Haha, ternganga dia bila dapat tau benda baru.

“Setelah sekian lama aku terpaksa ulang semula”

Luahan pengguna twitter yang sedikit berang kononnya terlalu banyak masanya terbuang semata mengulang semula kiraan yang silap. kih kih

Ini mula meluahkan tidak puas hati kerana perkara ini tidak dihebahkan lebih awal dan meluas.

Terlalu bengang dengan berita yang sepatutnya lebih awal di hebahkan, pengguna twitter ini nak kira semula berapa banyak masa dia dah bazirkan semata-mata ketika menggunakan kalkulator iPhone.

Bila dah bertahun pakai iPhone, baru hari ini tahu fungsi backspace kalkulator. Malu. haha

 

Pengguna twitter ini persoalkan pula, entah-entah ada banyak lagi benda yang kita sebenarnya tak tahu pasal iPhone ni.

Sumber: nakbebel.com



Sumber Ramai bengang bila dapat tahu iPhone sebenarnya ada ‘backspace’

0 Response to "Ramai bengang bila dapat tahu iPhone sebenarnya ada ‘backspace’"

Post a Comment