Pertama kali di Acheh, pasangan Gay bakal disebat 80 kali

Satu pasangan gay di sini bakal dijatuhkan hukuman 80 sebatan bawah hukuman syariah jika hakim menerima cadangan pendakwa.

Pasangan awal 20-an di Banda Aceh, Indonesia ditangkap ketika mengadakan seks di sebuah asrama hujung Mac lalu. ― Foto Reuters

Pasangan awal 20-an itu ditangkap ketika mengadakan seks oleh orang ramai di sebuah asrama penghujung Mac lalu, lapor AFP.

Selepas diserahkan kepada polis, pasangan itu yang tidak dinamakan mengaku sedang bercinta dan pernah mengadakan hubungan kelamin tiga kali.

Pendakwa Gulmaini Wardani mencadangkan hukuman tersebut dalam kes gay pertama sejak wilayah ini melaksanakan hukuman itu pada 2015.

Walau hakim tidak mestinya mengikut cadangan pendakwa, selalunya mahkamah akan mengambil kira saranan tersebut.

Undang-undang menetapkan sebatan maksimum 100 sebatan.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Pertama kali di Acheh, pasangan Gay bakal disebat 80 kali

0 Response to "Pertama kali di Acheh, pasangan Gay bakal disebat 80 kali"

Post a Comment