Kelmarin Fasha Sandha telah membuat satu luahan perasaan di laman sosial yang menggambarkan betapa kecewa dan sedih dirinya apabila dia seolah-olah diusir dalam satu majlis fesyen terkemuka.
Berhubung dengan luahan perasaan Fasha itu, tiba-tiba nama Nora Danish menjadi sasaran para netizen yang menganggap individu yang dikatakan oleh Fasha itu adalah Nora Danish.
Suami kepada Nora Danish, Nedim Nazri telah berkongsi status di kapsyen gambar dalam akaun instagram miliknya untuk mempertahankan isterinya.
Kapsyennya tertulis,
“When they accuse YOU , just remember to smile ,cause only those who need sympathy votes would condemn , say such thing and FITNAH , desperate time calls for desperate measures. SEE YOU LATER DUNIYA Ku ❤ KEEP CALM
WE Are MARRIED .”
Menurut tulisan Nedim ini, individu tersebut hanya ingin meraih simpati umum. Malah Nora juga turut meluahkan perasaannya di akaun twitter miliknya.
Nora dan Nedim tidak menyebut nama mana-mana individu tetapi netizen seperti dapat menghidu kepada siapa tulisan-tulisan itu ditujukan.
Tulis Nora di status twitternya dia tidak reti untuk membalas segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya dan dia juga sudah letih kerana seringkali menjadi mangsa fitnah, dihina serta dicaci maki walaupun ianya bukan berpunca daripada dirinya.
Sepertinya sekarang ini sedang berlaku perang di ‘media sosial’ yang melibatkan dua artis ini. Apa pun lebih baik kita mendoakan yang baik-baik buat mereka dan semoga permasalahan antara mereka selesai dengan cara yang baik.
Info tentang Nora Danish
Nama sebenar Nora adalah Nora binti Mohd Danish Hanif dan dia dilahirkan pada 7 Mac 1982. Nora mula dikenali menerusi siri komedi tempatan berjudul Puteri yang pernah ditayangkan di TV3. Semenjak daripada itu kariernya di dalam bidang seni semakin mendapat perhatian masyarakat.
Sumber: Media Hiburan
Sumber Nora Danish letih jadi mangsa fitnah
0 Response to "Nora Danish letih jadi mangsa fitnah"
Post a Comment