Kos sara hidup makin naik, penjawat awam mula tolak Barisan Nasional?

Kenaikan kos sara hidup kakitangan awam yang kian membebankan boleh menjejaskan sokongan mereka terhadap kerajaan sekarang.

Kos sara hidup makin naik, penjawat awam mula tolak Barisan Nasional?

Kos sara hidup makin naik, penjawat awam mula tolak Barisan Nasional?

 

Dengan jumlah 1.6 juta orang, penjawat awam yang membentuk kira-kira 15 peratus pengundi sebelum ini berdiri teguh di belakang Barisan Nasional (BN).

Namun apabila harga barangan semakin meningkat, inflasi mencecah 5.1 peratus pada Mac, sokongan mereka dijangka beralih pada pilihan raya nanti, lapor Reuters.

Kenaikan harga akibat pemotongan subsidi dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak sepadan dengan peningkatan gaji mereka.

Gaji sektor swasta negara ini meningkat purata 5.7 peratus antara 2013 hingga 3017 tetapi sektor awam hanya naik 2 hingga 3 peratus dalam tempoh sama.

Kira-kira 60,000 kakitangan awam berdepan risiko muflis akibat gagal membayar tanggungan hutang berlebihan, kata kesatuan sekerja Cuepacs.

Mohd Nizam, 28, yang selama ini menyokong Barisan Nasional tidak bersedia lagi menyatakan sokongan, seperti sekumpulan kakitangan awam yang ditemui Reuters.

“Isteri saya terpaksa buat dua kerja untuk menambah pendapatan tetapi masih belum cukup,” katanya seperti dilaporkan.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk berdepan kos sara hidup jika kami dikurniakan anak.”

Namun, selain memperkenalkan beberapa langkah menangani kenaikan kos hidup, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga dijangka akan mengambil kesempatan atas perpecahan pembangkang.

Walau ramai pemerhati politik menjangkakan BN tetap menang, namun pilihan di tangan Najib makin terbatas, termasuk terpaksa menjawab isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sumber: Malay Mail



Sumber Kos sara hidup makin naik, penjawat awam mula tolak Barisan Nasional?

0 Response to "Kos sara hidup makin naik, penjawat awam mula tolak Barisan Nasional?"

Post a Comment