Juliana Evans mengaku kekok bila kini pergerakannya diawasi pengawal peribadi

 Selepas bergelar isteri kepada Tengku Sharuffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj yang juga kerabat diraja Johor dan Selangor, aktres Juliana Evans mengakui mula melalui kehidupan berbeza.

Juliana Evans mengaku kekok bila kini pergerakannya diawasi pengawal peribadi

Juliana Evans mengaku kekok bila kini pergerakannya diawasi pengawal peribadi

Daripada wanita yang selesa berdikari dan melakukan kerja sendiri, Juliana atau nama sebenar Juliana Sophie Johari Evans mengakui agak kekok apabila langkahnya kini diawasi pengawal peribadi.

“Pada mulanya saya tidak faham dan tidak suka ada orang ikut saya ke mana sahaja saya pergi, saya mahu bergerak bebas sendiri macam biasa.

“Tapi sejak berkahwin suami minta saya biasakan dengan perkara-perkara itu untuk keselamatan, dia marah jika saya keluar seorang diri,” ujarnya kepada mStar Online.

 
Juliana Evans

Juliana dan Tengku Sharuffuddin diijabkabulkan dalam sebuah majlis tertutup pada 30 April lalu.

Selain itu, Juliana yang menetap bersama keluarga mertua di Shah Alam mengakui sudah berpeluang memasak dan menghidangkan sarapan pagi kepada suaminya.

Katanya, biarpun perlu membiasakan diri dengan bantuan pembantu rumah, dia mahu suaminya merasai sendiri air tangan seorang isteri.

“Di rumah memang ada pembantu, tapi saya sudah biasa sediakan semua barang keperluan sendiri dan masak sendiri. Alhamdulillah, setakat ini saya sudah sediakan sarapan untuk suami dan masakan makanan ikan bilis tumis.

“Suami saya seorang yang tidak cerewet, dia suka makan makanan pedas yang mudah-mudah sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang perkahwinannya, Juliana berkata, perkara itu dirancang dalam masa yang singkat.

“Sebenarnya kami tidak begitu merancang dan majlis itu dilakukan dalam masa yang singkat. Saya rasa memang sudah sampai masanya untuk saya bina sebuah kehidupan baru.

“Saya mahu ada orang di sisi dan restu keluarga kedua-dua belah pihak,” ujarnya.

Dalam pada itu, Juliana berkata, perkahwinan berkenaan tidak merubah perjalanan kerjaya dia sebagai anak seni.

Katanya, dia masih meneruskan bidang lakonan dan pengacaraan seperti biasa.

“Suami dan keluarga mertua saya tidak pernah menghalang untuk saya berada dalam industri. Malah mereka sangat menyokong apa yang saya lakukan sekarang,” ujarnya yang bakal keluar dengan sebuah filem berjudul Bella & Jemie tidak lama lagi.

Sumber: Mstar



Sumber Juliana Evans mengaku kekok bila kini pergerakannya diawasi pengawal peribadi

0 Response to "Juliana Evans mengaku kekok bila kini pergerakannya diawasi pengawal peribadi"

Post a Comment