“Jangan jadikan artis seperti lampin pakai buang kerana artis bukan pampers” – Datuk Awie

Tidak kenal erti malu selain niat ikhalas untuk membantu golongan selebriti yang kurang bernasib baik, Awie tidak menafikan bahawa timbul juga mulut mulut orang yang menyatakan tindakannya itu umpama menaagih simpati.

“Jangan jadikan artis seperti lampin pakai buang kerana artis bukan pampers” - Datuk Awie

“Jangan jadikan artis seperti lampin pakai buang kerana artis bukan pampers” – Datuk Awie

 

“Mujur saya seorang yang sangat positif. Saya tak peduli apa yang orang nak cakap. Yang saya tahu kerja-kerja kemanusiaan ini saya lakukan kerana mahu mengembalikan nilai, maruah dan kedudukan anak-anak seni yang suatu masa ketika golongan ini masyhur, mereka dipuja, diangkat dan disayangi tetapi apabila sudah sampai usia senja, mereka diabaikan, dipinggirkan dan nasib mereka saling tidak ubah seperti pampers (lampin pakai buang)”

“Jangan jadikan artis seperti pampers kerana artis bukan pampers,” jelas Awie mengenai tindakan membela rakan rakan selebriti yang lain. Malah tambah Awie, dia juga tidak malu untuk mengetuk pintu pejabat mana-mana orang berkepentingan untuk menjayakan usaha membela nasib selebriti di Malaysia.

Tahniah buat Awie kerana berusaha sehabis baik dalam mencorak masa depan selebriti tanah air. Malah melalui tindakan Awie ini juga, selebriti lain boleh mengelakkan perkara yang sama menimpa mereka dan merancang kehidupan dengan sebaiknya. 

Sumber: Rotikaya

 



Sumber “Jangan jadikan artis seperti lampin pakai buang kerana artis bukan pampers” – Datuk Awie

0 Response to "“Jangan jadikan artis seperti lampin pakai buang kerana artis bukan pampers” – Datuk Awie"

Post a Comment