KISAHNYA! Fuhh, berapi juga kalau hal macam ni berlaku kepada Mary Jane. Sebab tu diri ini tidak pernah nak jatuh cinta dengan orang popular ni, banyak sungguh onar mereka. Banyak auta dan banyak yang hendak main-mainkan kita sahaja.
Kisah Nazeera Sardi ni contohnya. Mary Jane dapat tahu, rupa-rupanya sebelum ini, dia adalah bekas kekasih kepada seorang pelawak. Lama juga mereka bercinta secara rahsia, tertutup rapat dan kejap. Tak ramai yang tahu akan cinta itu sebab pelawak itu mahu merahsiakannya. Tup-tup, si pelawak berkahwin dengan seorang artis juga, barulah pecah cerita dan duduk perkara sebenar hubungan cintanya yang terkubur itu.
Alahai. Bukannya apa, sepanjang hampir tiga tahun menjalinkan hubungan cinta, Nazeera tetap tidak ada kesempatan langsung untuk berkongsi isi hatinya sebab sudah diarahkan, diam saja. Kasihan sungguh. Selama menjalinkan hubungan cinta, pelawak itu sendiri berat mulut untuk bercerita tentang mereka secara terbuka. Dia sebagai perempuan tentulah sejuta kali lebih segan, kan? Kalau bagi kenyataan pun, semuanya bersifat ‘selamat’.
Disebabkan nak menjaga air muka semua pihak, Nazeera khabarnya terpaksa berdiam diri saja setiap kali isu hubungan cintanya itu dibangkitkan. Dia juga pasrah apabila yang menjadi pilihan pelawak itu adalah rakan baiknya sendiri dan dia sungguh sama sekali tidak sangka semua itu boleh terjadi. Tak sangka pula selepas putus, dalam diam-diam rupa-rupanya mereka berdua menjalinkan hubungan cinta. Mestilah sentap.
Tapi cerita jodoh inikan rahsia Yang Maha Esa, tak boleh nak mempertikaikan. Sebab itu Nazeera positif saja sebaik saja berita perkahwinan pelawak itu sampai ke telinganya. Walaupun hatinya agak sedikit terluka, tapi nak buat macam mana. Keputusan sudah pun dibuat, dia terima dengan hati terbuka. Dan sekarang ni apabila ditanya media yang baru tahu tentang cinta tak menjadi itu, Nazeera tak banyak pun buka mulut.
“Semua itu cerita lama dah. Saya sudah boleh terima hakikat dan okay saja. Saya tak simpan dendam pun pada mereka walaupun kisah itu berakhir tiba-tiba sahaja. Tak apalah, mungkin jodoh saya dengan orang yang lebih baik daripada dia,” kata Nazeera kepada kawan Mary Jane.
Apapun Mary Jane tabik pada Nazeera atas ketabahan ini. Tak perlulah nak terlalu bersedih atas apa yang berlaku, buang masa saja. Cepat-cepat buka buku dan menikmati kehidupan yang lebih menarik berbanding sebelum ini. Setakat pelawak tu, bersepah lagi lelaki lebih bagus dan jujur menyayangi awak, percayalah.
Sumber: Utusan
Sumber “Itu cerita lama, saya sudah boleh terima hakikat” – Luah Nazeera Sardi bila tentang kisah cintanya bersama seorang pelawak popular yang baru-baru ini sudah berkahwin dengan rakan baiknya
0 Response to "“Itu cerita lama, saya sudah boleh terima hakikat” – Luah Nazeera Sardi bila tentang kisah cintanya bersama seorang pelawak popular yang baru-baru ini sudah berkahwin dengan rakan baiknya"
Post a Comment