Seorang wanita berdepan tuduhan mendera anaknya kerana berang kanak-kanak itu memilih memberi kad Hari Ibu kepada neneknya.
Menurut polis Spartanburg, ketika tiba di tempat kejadian, nenek mangsa berdiri di luar rumah dengan kanak-kanak terbabit yang menangis.
Wanita itu mengadu anaknya yang juga ibu mangsa Shontrell Murphy, 30, menamparnya beberapa kali di kepala dan muka.
Shontrell dilaporkan berang kerana anaknya itu membuat kad Hari Ibu untuk neneknya, dan bukan untuknya, menyebabkannya turut mengoyakkan kad berkenaan.
Shontrell mengaku memukul anaknya tetapi tidak menganggap perbuatannya salah.
Sebaliknya, dia berkata, berbuat demikian kerana anaknya mempunyai masalah sikap dan perlu disiplin.
Bagaimanapun, kanak-kanak itu dan adiknya memberitahu polis mereka sering dipukul Shontrell, malah mereka takutkan ibu mereka.
Shontrell ditahan atas tuduhan kekejaman terhadap kanak-kanak.
Sumber: Metro
Sumber Ibu berang pukul anak kerana tak beri kad hari ibu kepadanya tapi beri kepada neneknya
0 Response to "Ibu berang pukul anak kerana tak beri kad hari ibu kepadanya tapi beri kepada neneknya"
Post a Comment