Hebat Sangat Ke Punggung Kim K Sampai Jadikan Idol?

APA la hebat sangat punggung Kim Kardashian ni sampai ada yang sanggup berhabisan semata-mata kerana mahu memiliki punggung seumpama itu?

Hebat Sangat Ke Punggung Kim K Sampai Jadikan Idol?

Hebat Sangat Ke Punggung Kim K Sampai Jadikan Idol?

Itu yang berlaku kepada Jennifer Pamplona, 24, yang berasal dari Brazil. Dia seorang model dan pernah memperagakan fesyen untuk Versace tapi semua itu tidak cukup baginya.

Jennifer setakat ini telah menghabiskan wang sebanyak RM700,000 untuk melakukan pembedahan bagi kelihatan seperti idolnya itu.

Dia telah melakukan implant payu dara ketika berusia 17 tahun dan sejak itu empat pembedahan dilakukan untuk membuang empat tulang rusuk, sedut lemak, suntik punggung serta bibir dan pembedahan lain.

 

Selepas melakukan implan payu dara, Jennifer menjalani sembilan pembedahan dalam masa 24 jam di bawah program Body Transformation TV, dua tahun lalu.

Dia ditawarkan pembedahan terbabit selepas kematian kekasihnya, Celso Santebanes yang digelar sebagai Brazilian Human Ken Doll, yang meninggal dunia akibat Leukaemia pada 2014.

“Kini saya memutuskan untuk memiliki punggung lagi besar dari dia (Kim K). Saya jatuh cinta dengan pembedahan plastik sejak lama dulu dan selepas melihat Kim K, saya mahu kelihatan seperti dia..

“Saya memutuskan untuk tidak suka rupa saya dan saya lakukan pembedahan pada usia 17 tahun. Saya dibuli di sekolah disebabkan saya sangat kurus,” katanya.

Meskipun doktor memberitahunya bahawa badannya jenis kecil untuk kelihatan seperti Kim Kardashian namun dia terus mendesak doktor untuk melakukannya.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Hebat Sangat Ke Punggung Kim K Sampai Jadikan Idol?

0 Response to "Hebat Sangat Ke Punggung Kim K Sampai Jadikan Idol?"

Post a Comment