Harga minyak turun 3 minggu berturut-turut: RON 95 & 97 turun 10 sen, diesel turun 6 sen

Berita agak baik untuk pengguna.

Berkuatkuasa tengah malam ini, harga bahan api di peringkat tempatan dijangka menurun lagi secara menyeluruh buat tiga minggu berturut-turut.

Harga minyak turun 3 minggu berturut-turut: RON 95 & 97 turun 10 sen, diesel turun 6 sen

Harga minyak turun 3 minggu berturut-turut: RON 95 & 97 turun 10 sen, diesel turun 6 sen

Memetik laporan oleh Sin Chew Daily, harga runcit petrol bergred RON95 dan RON 97 turun sebanyak 10 sen kepada, masing-masing, pada paras RM2.01 dan RM2.29 seliter.

Manakala harga runcit diesel pula berada pada paras RM2.02 seliter berikutan penurunan sebanyak enam sen.

Harga bahan api kini ditentukan dengan menggunakan sistem harga siling mingguan yang diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Harga terkini bahan api tersebut kini berada pada tahap terendah sejak pengenalan sistem harga bahan api mingguan pada 30 Mac yang lalu.

Harga runcit bahan api ditentukan berdasarkan Mean of Platts Singapore(mop) dan purata kekuatan mata wang minggu sebelumnya.

Harga minyak global telah mengalami aliran menurun semenjak beberapa minggu kebelakangan ini ekoran aktiviti industri minyak Amerika Syarikat (AS).

Sumber: Malaysiakini

 



Sumber Harga minyak turun 3 minggu berturut-turut: RON 95 & 97 turun 10 sen, diesel turun 6 sen

0 Response to "Harga minyak turun 3 minggu berturut-turut: RON 95 & 97 turun 10 sen, diesel turun 6 sen"

Post a Comment