Google dedah Orang Terengganu dan Kelantan paling suka cari ‘Maria Ozawa’’

Warga Terengganu dan Kelantan paling berminat pada bekas pelakon aksi lucah Maria Ozawa, menurut analisis Google.

Nama pelakon Jepun ini meningkat luar biasa mendadak sejak beliau dilaporkan berada di sini hujung minggu lalu, lapor portal Quartz hari ini.

Pengguna internet di Sabah dan Kuala Lumpur berada di tangga ketiga dan keempat dalam senarai jumlah carian di enjin carian itu, menurut Google Trends.

Menarik diperhatikan, Putrajaya, Selangor, Pulau Pinang dan Johor Baru paling tidak berminat mencari nama wanita berusia 31 tahun ini.

Data ini, seperti dipetik portal tersebut, disediakan oleh Kuek Ser Kuang Keng, bekas wartawan kanan Malaysiakini yang membuat pengkhususan dalam bidang penerbitan digital.

Menurut data yang sama, antara Mei 2012 hingga 2017, warga Kota Baru paling suka mencari Maria Ozawa di Google, diikuti Kuala Terengganu dan Kuantan.

Maria, sudah meninggalkan Kuala Lumpur hari ini, mencetuskan kejutan peminatnya di sini dan negara jiran apabila memuatkan foto lawatannya di Instagram.

Beliau memuatkan beberapa foto di media sosial itu, termasuk dalam baju mandi berbunga nanas di sebuah kolam renang kelmarin.

Namun seorang pensyarah menyifatkan minat luar biasa pada pelakon itu membayangkan “adat ketimuran dan nilai Islam makin terhakis.”

“Keterujaan segelintir masyarakat Islam terhadap kedatangan bekas pelakon lucah Jepun ini dilihat manifestasi adat ketimuran dan nilai Islam di negara ini semakin terhakis,” kata Dr Kamarulzaman Yusof kepada Harian Metro, kelmarin.

“Saya juga melihat bahawa keterujaan segelintir masyarakat Islam terhadap kedatangannya menunjukkan mereka mengikuti perkembangan artis itu, termasuk menonton filem tidak bermoral yang dihasilkan wanita itu.”

Maria, pelakon yang dikenali seluruh Asia melalui aksi-aksinya dalam filem dewasa, berkunjung ke sini bersama kekasih Jose Sarasola.

Tidak pasti kegiatannya di sini, pelakon itu memuatkan fotonya di Instagram pada Sabtu lalu dengan coretan “Hello Kuala Lumpur!”

Pelakon itu bergiat dalam industri filem pornografi selama lima tahun sehingga 2010.

Selain filem dewasa, Maria juga terlibat dalam filem-filem Invitation Only (Taiwan), Menculik Miyabi (Indonesia) dan juga Nilalang (Filipina).

Beliau, berdarah kacukan Jepun dan Kanada-Perancis, merakamkan foto terakhir di sini bersama bagasi dengan coretan “gembira dapat pulang ke rumah, Filipina.” Kekasihnya berasal dari negara itu.

Sumber: Projek MMO



Sumber Google dedah Orang Terengganu dan Kelantan paling suka cari ‘Maria Ozawa’’

0 Response to "Google dedah Orang Terengganu dan Kelantan paling suka cari ‘Maria Ozawa’’"

Post a Comment