FAM lantik Nelo Vingada ‘The Professor’ sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) akhirnya menamatkan segala spekulasi ketua jurulatih Harimau Malaya.

Nelo Vingada 'The Professor'

Nelo Vingada ‘The Professor’

Badan induk itu, hari ini, mengumumkan Eduardo Manuel Martinho Braganza de Vingada untuk mengisi kerusi panas itu.

Jurulatih dari Portugal itu yang turut dikenali sebagai Nelo Vingada, 64, akan memulakan tugas apabila tiba di Malaysia, pada 25 Mei ini.

Beliau akan melakukan persiapan menghadapi pusingan Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara di Pyongyang, 8 Jun depan.

Dengan nama gelaran ‘The Professor’, Nelo mempunyai pengalaman luas sebagai penolong jurulatih Carlos Queiroz bersama skuad bawah 20 tahun Portugal (B-20) yang beraksi di Piala Dunia pada 1989 dan 1991.

Dalam tempoh 35 tahun kerjaya sebagai jurulatih, beliau juga pernah mengendalikan skuad kebangsaan Arab Saudi (1996-97), skuad Olimpik Mesir (2004-05), skuad kebangsaan Jordan (2007-09) dan skuad Olimpik Iran (2014).

Nelo Vingada, 64, juga cemerlang di peringkat kelab dengan membimbing kelab utama Mesir, FC Zamalek dan membantu FC Seoul dari Korea Selatan memenangi gelaran domestik.

Tugasnya yang terakhir adalah bersama kelab Liga Super India, NorthEast United FC.

Nelo Vingada mengambil alih tugas Datuk Ong Kim Swee selepas pengendali Harimau Malaya itu diarahkan membimbing skuad B-22 pada Mac lalu.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber FAM lantik Nelo Vingada ‘The Professor’ sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya

0 Response to "FAM lantik Nelo Vingada ‘The Professor’ sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya"

Post a Comment