Doa Cinta Hersalina: Bab 9

PUAN Rita menguap tak sudah. Terasa mengantuk lagi. Pandai Ricky, jejaka Pan-Asian itu memuaskan nafsunya. Lambakkanlah seberapa banyak duit. Pasti lelaki yang sudah rambang mata akan melayaninya sehingga ke pagi. Bagaikan berada di syurga rasanya. Dia tersenyum senang.

Doa cinta Hersalina

Doa Cinta Hersalina

Seolah-olah masalah yang membebaninya terasa sangat ringan seketika. Baru pukul 7.30 pagi. Masih awal lagi, bisik hatinya. Dia meraba-raba di sebelahnya, kosong. Nafas yang diatur dihela perlahan dan mendalam.

Diraba-raba tempat tidur di sebelahnya. Dia tersenyum lagi. Nasib baik Ricky sudah berlalu cepat pergi dari sini. Dia melelapkan matanya kembali. Membayangkan detik-detik manis bersama dengan kekasih gelapnya itu.

Seketika katil besaiz queen terhenjut seketika. Dia yang kemamaian kembali terjaga. Tangannya meraba-raba ruang di sebelahnya itu. Ada orang. Tapi takkanlah Ricky? Tapi sudah dia beramaran dengan lelaki itu supaya berambus dari sini sebelum menjelang pagi. Perlahan-lahan dia menoleh melihat siapakah di sebelahnya.

“Abang?”

Puan Rita kehairanan. Sejak bila suaminya pulang? Langsung dia tidak sedar. Syukur rahsianya masih lagi terpelihara. Kalau tidak tentu segala-galanya akan berantakan. Tuan Karim tidak menjawab malah dia menutupkan matanya kerana terlalu mengantuk. Baru hari ini kepalanya mencecah bantal selepas beberapa hari menyelesaikan beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Dia sudah malas mahu menjawab pertanyaan isterinya yang dirasakan kurang penting.

Puan Rita hanya memandang suaminya yang tidak berbaju menyimpulkan tangannya di bawah kepala sambil berbaring. Diteleknya badan suaminya yang sedikit boroi itu. Kalau dulu dengan hanya memandang suaminya yang begitu macho naluri kewanitaannya akan tergugah. Tetapi kini tidak lagi. Lelaki itu dirasakannya sudah tua kerepot! Sudah tidak berkeupayaan lagi!

“Abang!”  Puan Rita memanggil lagi sambil menggoyangkan badan suaminya.

“Hmm,” itu sahaja keluhan dari suaminya.

Tuan Karim sudah keletihan. Bekerja berurusan berhari-hari benar memenatkannya. Yang hanya dia mahukan ketika ini hanyalah melelapkan mata dan tidur. Itu sahaja.

Hmm saja? Itu saja? Soal hati Puan Rita. Geram benar dengan tingkah suami seolah-olah tidak mengendahkannya. Hatinya sendiri sakit bagaikan dirobek-robek dengan benda yang tajam. Tidak tahukah dia yang aku ni dah macam orang nak mati duduk dalam rumah ni? Berdepan dengan pebagai perkara yang tak disangkakan? Ditambah pula dengan masalah budak tak guna itu? Hatinya sudah menggelegak dengan kemarahan yang amat sangat.

“Bang! Bangun bang! Bangun!” tempik Puan Rita kasar sekali.

Terus sahaja badan suaminya digoncang kasar tanpa langsung memikirkan adab-adab isteri kepada suami. Pedulikan! Suaminya itu bukanlah manusia yang bagus sangat pun! Pakar membuat dosa adalah! Benak hatinya lagi.

“Awak ni kenapa Rita? Saya nak tidur pun tak senanglah!” tengking Tuan Karim apabila tidurnya yang sudah lena diganggu.

“Nak tidur apanya bang! Dah siang!” balas Puan Rita.

“Hei! Suka hati akulah nak tidur siang ke malam? Kau peduli apa?”

Tuan Karim sudah menayang muka bengisnya. Berbirat hatinya mengenangkan sikap isterinya yang sudah dirasakan terlalu kurang ajar. Puan Rita itu sudah kecil di pandangan matanya kini. Kalau tidak memikirkan kesabaran yang masih berbaki, sudah lama pipi isterinya hinggap dengan penamparnya.

“Hei, bang! Awak ke mana beberapa hari ni bang? Awak ke mana?” soal Puan Rita kasar.

Sepasang mata Tuan Karim membuntang. Dia bertambah sakit hati lagi.

“Apasal nak sibukkan hal aku? Siapa suruh? Yang awak tu keluar malam sampai tak balik berhari-hari ada saya persoalkan? Ada saya bising?”

“Itu menunjukkan abang ni suaminya yang tak bertanggungjawab! Tak berguna!”

Serentak Puan Rita menyudahkan ayat, dia terus mendapat penampar daripada suaminya.

“Heh! Perempuan! Kau jangan nak biadab! Kalau aku tak kutip kau dulu kau takkan jadi seperti sekarang!” tengking Tuan Karim. Dia menyatakan yang benar.

Hakikat yang sebenarnya. Selama ini ditatang isterinya bagai minyak penuh melebihi ahli keluarganya yang lain. Dan sekarang ini yang dibalas oleh isterinya. Kesabarannya sudah relai. Dia sudah tidak boleh berdiam diri lagi dengan sikap isterinya yang merasakan dirinya betul sahaja. Puan Rita terkaku. Perlahan-lahan dia memegang pipinya yang terasa pijar. Menitik air matanya satu per satu.

Inilah pertama kali suaminya menaikkan tangan ke atas dirinya. Tak pernah menyangka suaminya akan memperlakukannya sekasar begini.

“Sampai hati abang!” jerit Puan Rita.

“Heh! Kau fikir balik asal-usul kau. Kalau aku tak kutip buat dijadikan isteri aku tak tahu di mana kau berada sekarang. Aku cintakan kau. Sebab itulah aku kutip kau buat dijadikan isteri. Kau tahu tak berapa banyak perempuan kat luar sana menggilai aku? Kalau kau tiada sekalipun ramai yang boleh gantikannya!”

Kata Tuan Karim yang sebenarnya. Pengambilan minuman keras yang terlalu banyak  membuatkan dia menyatakan hal yang sebenarnya dari hatinya. Walaupun sakit di telinga Puan Rita, tetapi itulah yang sebenarnya. Sangat pedih kata itu dilemparkan kepadanya.

“Heh! Kau ingat aku tak tahu ke kegiatan kau setiap malam?”

Puan Rita tersentak. Adakah rahsianya akan bocor? Jantungnya berdegup kencang bagaikan dikejar ketakutan yang amat sangat.

“Setiap malam bertukar jantan. Tak sedar dah tua nak mampus pun masih nak bernafsu lagi! Itulah sebabnya kau dapat anak haram macam Hersalina tu! Bukannya aku tak tahu! Aku tahu! Cuma aku senyapkan aje!”

Puan Rita terdiam lagi. Suami di hadapannya kini bukan lagi suaminya lagi. Bukan suami yang dikenalinya dulu. Suami yang dahulu sangat suka membelainya. Baik dengan kata-kata mahu pun perbuatan. Suami di hadapannya kini sudah menaikkan tangan. Sudah pandai mempertikaikan asal-usulnya. Sudah pandai memperkatakan perbuatan hitamnya. Kali ini ditahankan sahaja perasaannya.

Kalaulah dia itu lebih kuat daripada suaminya, sudah lama badan suaminya dia tusuk dengan pisau. Paling tidak pun dengan pistol yang dimilikinya.

“Sudah! Abang jangan nak melampau! Abang ingat saya tak tahu! Abang pun sama dengan lelaki yang lain kat luar sana! Sentiasa tak cukup dengan satu perempuan!” kata Puan Rita pula.

Belum pun sempat mengelak dia ditampar sekali lagi. Kali ini begitu kuat sehinggakan terteleng kepalanya.

“Kau jangan nak melampau! Perempuan tak sedar diri!” seranah Tuan Karim sambil mencekak leher isterinya.

Tercungap-cungap Puan Rita menyedut nafasnya seketika. Tuan Karim mengetatkan lagi cengkamannya. Sabarnya sudah habis. Yang dia mahu lakukan kini, iaitu membelasah perempuan bermulut lancang ini. Belumpun sempat tangannya menghayun penampar, pintu bilik itu sudah ditujah dengan ketukan yang kuat. Lalu terjongol batang tubuh di balik pintu itu.

Untuk Urusan Langganan, layari: http://ift.tt/1ueeTLJ

Hubungi: Tel: 03-51017480/ 7481/ 7478 Faks: 03-51017483  HP: 019-3310102

Buku Prima: 03-51013888

Pantai Timur/ Sentral: Halim (019-2886263) & Raqib (013-6554415)
Utara/ Sentral: Hanapi (019-2297371) & Saiful Azlan (012-3412411)
Selatan/ Sentral: Azam (012-9897565) & Ibrahim (013-3330591)
Mega Bookstores/ MPH, Kinokuniya, Borders, Popular: Fadzli@Apai (019-6222839)
Sabah, Sarawak & Luar Malaysia: Liza (03-55118820)

Laman web: http://ift.tt/2qHG4b7

emel: prima@bukuprima.com.my

Laman web: http://ift.tt/1vzE6Cw

http://ift.tt/2qHFl9U

http://ift.tt/2rgTVlB



Sumber Doa Cinta Hersalina: Bab 9

0 Response to "Doa Cinta Hersalina: Bab 9"

Post a Comment