Diheret ke balai kerana wajah saling tak tumpah macam Lionel Messi

SEORANG pelajar Iran terpaksa dibawa ke balai polis hujung minggu lalu, hanya kerana wajahnya saling tak tumpah seperti bintang bola sepak dunia, Lionel Messi.

Terlalu ramai orang di kota Hamaden mahu bergambar dengan pelajar berkenaan, Reza Parastesh, menyebabkan polis terpaksa membawanya ke balai dan menahan keretanya bagi menghentikan kekecohan yang berlaku.

Kekecohan itu bermula beberapa bulan lalu apabila ‘Messi tiruan’ itu memakai jersi Barcelona dengan nombor 10.

Pemuda berusia 25 tahun itu juga mula memotong rambutnya dan menyimpan janggutnya sama seperti seperti pemain pasukan kebangsaan Argentina itu.

Katanya kepada AFP: “Sekarang semua orang benar-benar melihat saya sebagai ‘Messi Iran’ dan mahu saya meniru semua yang dilakukannya Messi. Apabila saya muncul di suatu tempat, orang ramai sangat terkejut.

“Saya benar-benar gembira kerana dengan hanya melihat saya, ia akan menjadikan mereka gembira dan kegembiraan ini membuatkan saya lebih bertenaga.”

Jadual Parastesh kini penuh dengan wawancara bersama media dan dia telah pun mendapat kontrak peragaan.

Dia juga sedang berusaha untuk memainkan peranan yang lebih baik dalam bola sepak.
Sumber: Mstar



Sumber Diheret ke balai kerana wajah saling tak tumpah macam Lionel Messi

0 Response to "Diheret ke balai kerana wajah saling tak tumpah macam Lionel Messi"

Post a Comment