Banduan larikan diri dari penjara menyamar jadi perempuan kantoi kerana suara garau

Seorang banduan yang menyamar sebagai wanita hampir berjaya melarikan diri dari sebuah penjara di sini tetapi ditangkap di pintu keluar selepas pengawal curiga dengan suaranya yang garau.

Banduan larikan diri dari penjara menyamar jadi perempuan kantoi kerana suara garau

Banduan larikan diri dari penjara menyamar jadi perempuan kantoi kerana suara garau

Francisco Herrera Argueta, 55, yang memakai skirt labuh, rambut palsu dan payudara palsu, cuba keluar dari sebuah penjara kawalan ketat bersama ahli keluarga banduan lain ketika waktu melawat.

Lelaki itu merancang untuk menyamar sebagai seorang pelawat wanita dikenali sebagai Jacinta Elvira Araujo yang meninggalkan kad pengenalannya di pintu masuk penjara berkenaan.

 

Walaupun berusaha untuk kelihatan seperti wanita lengkap dengan solekan di wajah dan mewarnakan kukunya merah jambu tetapi Argueta terlupa satu bahagian yang penting iaitu suaranya yang garau.

Jurucakap polis, Bayron Sauceda berkata, pengawal pada mulanya perasan cara berjalan ‘wanita’ itu yang pelik kerana Argueta tidak biasa memakai kasut tinggi.

Sumber: Metro



Sumber Banduan larikan diri dari penjara menyamar jadi perempuan kantoi kerana suara garau

0 Response to "Banduan larikan diri dari penjara menyamar jadi perempuan kantoi kerana suara garau"

Post a Comment