Aziz M Osman Beri Komen Isu Gaduh Nora Danish Dan Fasha, Tapi Kena Hentam, Digelar "Bodoh"
Isu hangat antara Fasha Sandha dan juga Nora Danish ternyata menjadi bualan hangat pada minggu ini.
Sememangnya kita dapat lihat ada rakan artis yang menyokong Fasha manakala ada yang menyokong Nora Danish.
Yang terbaru, pengarah tersohor yang popoular menerusi filem XX-Ray iaitu Aziz M Osman telah memberi komen kepada Nora Danish.
Dia memberitahu sudah kenal dengan hati budi Nora dan menasihatinya agar redha dengan fitnah yang dilemparkan.
Ini komen Aziz M Osman:
"Lebih 10 tahun saya kenal Nora Danish dan saya sudah faham benar hati budi dia.
"Nora...di zaman fitnah ni, redhakan saja. Insya Allah...Allah akan pimpin.
Ini respon balas Nora Danish: "InsyaAllah. Thank u abang"
Kemudian ada para penyokong Fasha menghentam Aziz M Osman kerana statement dan komen yang dibuat kepada Nora Danish.
Sehinggakan ada dari mereka yang menggelarkan pengarah ini sebagai 'bodoh'
Aziz M Osman hanya tenang menghadapi komen-komen panas dari penyokong Fasha Sandha
Ini antara komen-komennya:
Untuk pengetahuan ramai, Aziz M Osman merupakan individu yang bertanggungjawab menaikkan nama Nora Danish di persada dunia seni tanah air.
Nora Danish telah berlakon di bawah arahan Aziz M Osman dalam drama popular berjudul "Puteri"
Ketika itu nama Nora danish meningkat naik dan popular dengan tag line "Kita Enjoy".
Sumber Aziz M Osman Beri Komen Isu Gaduh Nora Danish Dan Fasha, Tapi Kena Hentam, Digelar "Bodoh"
0 Response to "Aziz M Osman Beri Komen Isu Gaduh Nora Danish Dan Fasha, Tapi Kena Hentam, Digelar "Bodoh""
Post a Comment