Sekiranya anda pernah menonton filem Hollywood yang berjudul Everest, pasti anda tertanya-tanya samada kisah mengenai pendaki yang mati semasa dalam perjalanan mendaki ke puncak Gunung Everest itu benar atau tidak.
Sebenarnya, ada kisah yang diadaptasi daripada kisah sebenar yang telah berlaku kepada pendaki semasa mendaki gunung tersebut.
Di sini kami kongsikan kepada anda kisah-kisah kematian yang paling popular di Gunung Everest yang diingati sehingga ke hari ini.
1. Pendaki yang mati mereput selalunya dijadikan 'landmark' atau tanda aras jarak perjalanan kepuncak
Pendaki2 yang melalui route North Col menuju kepuncak Everest, mereka akan lalui satu landmark terkenal disitu yang dinamakan “Green Boots."
Green Boots adalah landmark dimana seorang pendaki India yang memakai boots hijau mati disitu. Justeru itu tempat tu diberi nama tu.Dikatakan pada tahun 1996 pendaki yang memakai boots hijau itu bernama Tsewang Paljor. Paljor dan seorang rakannya adalah yang satu2nya terselamat bernama Harbhajan Singh.
Perjalanan mereka terganggu dengan ribut salji teruk hingga menyebabkan Paljor terjatuh dan mati. Sejak dari itu Greenboots dijadikan landmark atau tanda untuk tentukan jarak jauhnya kepuncak Everest.
2. Francys Arsentiev the real“Sleeping Beauty” merayu untuk diselamatkan hingga mati
Francys Arsentiev dan suaminya merupakan pendaki tegar dan berhasrat menakluki Everest pada tahun 1998. Francys bercita2 mencipta rekod menjadi wanita pertama Amerika ke puncak Everest tanpa menggunakan oksigen tambahan serta sherpa(guide). Namun dia akhirnya menjadi lagenda di Everest.
Ceritanya pada 22 Mei, pasangan itu mendaki perlahan2 dengan harapan menuju kepuncak tetapi ingin berhenti bermalam dahulu di the Death Zone. Namun entah bagaimana perjalanan mereka tiba2 terpisah. Pada mulanya Sergei ingat Francys berpatah balik kebawah ke kem IV, jadi dia pun turut turun dengan segera. Namun apabila sampai di kem, Sergei terperanjat yang Francys tiada disitu. Jadi dia cepat2 kembali semula naik keatas berseorangan dengan membawa ubat-ubatan dan bekalan oksigen.
Pada masa yang sama Francys yang tersasar hanya mampu terbaring namun ketika itu dia masih hidup. Sekumpulan pendaki Uzbekistan yang turun dalam perjalanan kebawah terserempak dan cuba memikul wanita itu kebawah dengan sedaya upaya mereka hinggakan oksigen mereka kehabisan. Oleh kerana tidak mahu menanggung risiko, mereka terpaksa tinggalkan Francys berseorangan.
Semasa turun itu mereka juga terserempak dengan Sergei tetapi malangnya lelaki itu dah mati kesejukan dengan tank oksigen dan ubat-ubatan yang sepatutnya hendak dibawa keatas untuk isterinya. Mereka hanya lalu melihat mayat Sergei terbaring kaku.
Pada 24 Mei, pasangan pendaki Ian Woodall dan Cathy O'Dowd yang kebetulan turun terserempak dengan Francys yang terbaring kaku. Pada mulanya mereka ingat itu mayat tetapi apabila mereka hampiri wanita itu mereka terkejut bila dia menjerit lemah 'tolong selamatkan saya jangan tinggalkan saya disini" berulang kali. Namun apakan daya mereka juga lemah dan tidak berdaya terus pergi menuju ke kem meninggalkan wanita itu mati.
Hingga lah 9 tahun berlalu, Woodall dan pasangannya akan ingat kejadian itu mereka tidak menyesal kerana tidak menolong malah jadikan tempat Francys sleeping beauty Everest sebagai legenda tugu peringatan.
3. Kematian David Sharp menjadi persoalan
Pada tahun 2006, pendaki ini dikatakan telah berjaya kepuncak Everest namun mati semasa turun. Dan yang menjadi persoalan dikatakan dia tidak diselamatkan oleh pendaki2 yang terserempak dengannya.
David Sharp yang berasal dari Britain berjaya ke puncak Everest secara solo tanpa bantuan oksigen dan sherpa. Ini merupakan percubaan nya kali ketiga kepuncak . Kali pertama dia gagal kerana sakit radang paru2 akibat cuaca terlalu sejuk dan kali kedua gagal akibat kekurangan oksigen. Namun kali ketiga dia akhirnya berjaya.
Namun semasa turun dari puncak dia dikatakan berhenti di Greenboots kerana pewai teruk blurr dan keletihan. Dia hanya duduk sandarkan diri.
Terdapat beberapa pendaki yang turun namun mereka melihat dia sangat keletihan dan kakinya frostbite. Kematiannya menjadi persoalan dunia kerana ada yang mengatakan dia ditinggalkan merayu2 tanpa belas kasihan.
Sir Edmund Hillary, yang juga orang yang pertama berjaya ke puncak Gunung Everest, lantang bersuara menyatakan yang Sharp sebenarnya dah tak larat keletihan. Dia juga tidak mampu berjalan kerana kaki frostbite. Keadaannya juga yang keletihan tidak memaksa dia menyelamatkan Sharp. Keadaan ini sebenarnya sangat menyedihkan dan hilang sikap perikemanusiaan namun mereka tak mampu buat apa2..selamat diri dahulu yang lebih penting sekiranya mahu terus hidup.
4. Kejayaan George Mallory (real Indiana Jones) ke Eerest namun kemudiannya hilang selama 75 tahun
George Mallory merupakan salah seorang pendaki yang terkenal malah terawal abad ke20. Dia merupakan salah seorang pendaki terkenal dari 3 orang British lain yang pernah mengikuti expedisi Everest. Dan dia juga merupakan pendaki yang hilang hampir 75 tahun.
Semasa percubaan ketiganya pada tahun 1924, Mallory dan rakannya Sandy Irvine dipercayai berjaya kepuncak namun tidak turun2 selepas itu.
Kehilangan mereka yang hampir setengah abad masih menjadi misteri.
Namun ada yang pertikaikan kejayaan mereka yang tak sampai puncak menyatakan yang mereka sebenarnya mati terjatuh.
Ekspedisi pencarian dijalankan pada tahun 1999 untuk mencari kedua-dua mayat mereka.Pasukan itu akhirnya terjumpa mayat Mallory yang kering disebelah utara gunung. Terdapat lubang besar dikulit kepalanya yang mereput berkemungkinan dia terhantuk cedera kemudian mati. Dipinggang terikat tali panjang yang mungkin berangkai dengan kawannya Irvin. Teori menyatakan mungkin salah seorang terjatuh menyebabkan mereka berdua sama2 terjatuh kebawah dan mati.
Mayat Irvine tidak dijumpai. Dan hingga sekarang masih tidak diketahui adakah mereka sampai kepuncak atau tidak.
5. Hannelore Schmatz terima Penghormatan pendaki wanita pertama yang mati di gunung Everest
Hannelore Schmatz adalah pendaki wanita Jerman pertama yang berjaya ke puncak Everest pada bulan Oktober 1979. Dalam perjalanan turun ke bawah, Hannelore dan rakannya, Ray Genet, mengalami keletihan yang teramat sangat. Walaupun sherpa mereka menasihatkan supaya turun terus ke camp IV, namun mereka tidak berdaya dan terus bermalam di death zone.
Mereka mendirikan khemah sementara tanpa sebarang perlindungan lain, yang sebenarnya hanya ada sleeping bag saja.
Malam itu berlaku ribut salji yang menyebabkan Ray Genet mati akibat hipotermia. Tidak lama selepas itu, Hannelore pula mati meninggal dunia akibat keletihan dan hypothermia. Perkataan yang keluar dari mulutnya hanya "Air..air..air..
Percubaan untuk mencari mayatnya dilakukan pada tahun 1984. Mereka hanya terjumpa mayat Hannelore dengan mata terbeliak berhampiran dengan sleeping bag. Mayat Genet kemungkinan telah tenggelam dalam ribut salji.
Hannelore Schmatz bukan sahaja pendaki wanita Jerman yang pertama berjaya sampai puncak tetapi wanita pertama juga yang mati di Everest.
6. Rainbow Valley wujudkan kubur warna warni Everest
Sepanjang perjalanan di Northeast Ridge Route berhampiran puncak Everest terletaknya port yang dipanggil "Rainbow Valley." Walaupun dengar macam sangat cantik namanya namun ianya adalah tempat mayat2 yang mati semasa perjalanan kepuncak Everest. Ianya seperti port kubur untuk dikumpulkan semua pendaki2 yang mati sebab itu boleh nampak pelbagai warna jacket2 diarea ni.
Sekiranya larat, pendaki2 yang kepuncak jika terserempak mayat2 boleh bawa dan kumpulkan disini kerana kadang2 mayat2 ini mengganggu laluan pejalan pendaki lain jadi mayat ni diseret dan diletakkan di Rainbow Valley.
Sebenarnya mengikut undang-undang Nepal, Everest adalah tempat suci jadi mayat2 tidak boleh ditinggalkan merata-rata namun siapalah larat nak angkut mayat2 yang begitu berat jadi mereka wujudkan port Rainbow Valley.
7. Juruterbang British yang ke Everest hanya berpandukan berdoa
Kisah kematian lain termasuklah kisah seorang pilot British Maurice Wilson, yang mati pada tahun 1934.
Wilson menjadikan George Mallory sebagai sumber inspirasi untuk kepuncak Everest. Dia percaya hanya berdoa dan percaya pada kemampuan diri semuanya tuhan akan tolong.
Wilson merancang menggunakan kapal terbangnya kepuncak Everest. Dia akan landing suatu tempat berhampiran Everest kemudian jalan kepuncak.
Walaupun rancangan ini tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa namun dia tetap berdegil.
Tanpa peralatan yang cukup serta kemahiran hiking Wilson redah saja. Dia hanya berdoa dan berserah kepada tuhan. Dia akhirnya mati kesejukan dan frosbite.
Maurice Wilson ditemui pada tahun 1935, mayatnya diliputi salji tebal dikelilingi oleh khemah yang menutupinya. Kapal terbangnya juga tidak dijumpai.
8. Marco Siffredi peluncur salji pertama Di Everest namun akhirnya mati meningalkan nama dan kenangan
Pada tahun 2001, peluncur Perancis bernama Marco Siffredi menjadi orang pertama yang berjaya meluncur salji menuruni Mount Everest menggunakan laluan North Col. Siffredi menggunakan laluan yang panjang ni namun dia kecewa kerana tidak berjaya kerana halangan curam yang tinggi serta ribut salji.
Siffredi kembali semula melaksanakan misinya pada tahun 2002 . Dia sampai kepuncak dalam masa 12 jam dengan bantuan Sherpa nya Phurba Tashi. Apabila sampai bahagian atas, Phurba menasihatkan supaya jangan slide time tu kerana angin mula kuat namun Siffredi sangat teruja dan merasakan inilah masanya dia mencatat rekod. Dia juga menyatakan yang dia sangat penat mendaki kerana terlalu banyak salji jadi dia mahu slide.
"Bosan. Letih. Terlalu banyak salji. Terlalu banyak mendaki, "jawab Siffredi.
Siffredi slide dengan lajunya namun dia hilang disebalik salji kerana ribut yang datang tiba2 kuat. Itulah kali terakhir dia kelihatan disitu.
9. Staff google 'streetview' juga hilang di Everest
Pada April 2015, terjadinya gempa bumi yang dahsyat menggegarkan negara Nepal. Kejadian itu meragut beribu2 nyawa. Gegaran dahsyat dan kuat 7.8 magnitud gempa bumi itu bukan sahaja meruntuhkan sebahagian besar Everest ianya juga mengorbankan pekerja the google street view, Google X, Fredinburg.
FREDINBURG ingin mendokumentasikan perjalanannya dan menwujudkan peta google street view di puncak Everest. Perjalanan kepuncak perlu melalui 7 summit (The Seven Summits ) sebelum kepuncak.
FREDINBURG dan tiga pekerja lain yang semasa ekspedisi itu trauma apabila berlakunya ribut salji dan runtuhan dahsyat. Dua pekerjanya cedera namun Fredinburg mati ditempat kejadian.
Google komited dengan expedisi ini dan membelanjakan hampir $ 1 juta dalam usaha mereka untuk cuba membekalkan imej satelit jelas di Everest tetapi akhirnya gagal.
10. Yasuko Namba berjaya melepasi 7 summit Everest namun akhirnya mati dipuncak
Spring 1996 merupakan kejadian paling ngeri semasa di Everest. Ribut salji yang berlaku menyebabkan ramai pendaki trauma.
Yasuko Namba merupakan pendaki wanita Jepun pertama yang berjaya melepasi 7 summit di Everest. Namun akhirnya terkorban kerana ribut salji semasa sampai ke peak.
Namba bersama2 rakan-rakan pendakinya Beck Weathers; dan beberapa lagi rakan terperangkap di South Col. Kerana keadaan ribut yang kuat. Namba dan Weathers menjadi begitu lemah tekanan sangat berat dan mengalami hipotermia yang teruk.
Bantuan dari kem IV datang menyelamatkan pendaki2 lain namun mereka tidak selamatkan mereka berdua kerana ingat mereka dah mati. Jadi keduanya ditinggalkan.
Apabila salah seorang rakan mereka yang selamat dibawa turun menceritakan yang Namba dan Weathers sebenarnya masih hidup, gerakan menyelamat segera dijalankan. Selepas ditinggalkan hampir 14 jam, Weathers yang masih hidup merangkak ke kem IV sendirian meninggalkan Namba yang dah mati, namun malangnya dia terkorban semasa dalam perjalanan. Bantuan yang tiba terjumpa mayatnya dan mereka juga membawa mayat Namba turun ke kem IV.
11. Terserempak rakan lama semasa di Everest
Peter Kinloch adalah pendaki yang berjaya melepasi 4 summit dari 7 summit ke Everest. Dia mengalami pendarahan retina mata hingga menyebabkannya buta.
Semasa Rodney Hogg juga pendaki melepasi Kinloch, dia menyapa nya dan dia pasti itu kawannya kerana mereka baru sahaja jumpa semasa reunion. Hogg cuba selamatkan Peter dengan membawanya turun ke kem IV sedaya upaya namun usahanya gagal. Peter akhirnya mati akibat hipotermia. Hogg sempat menyerahkan kamera gambar2 kenangan Peter diEverest kepada keluarganya.
12. Angkasawan mati di Everest semasa misi pemasangan alat misi "Future NASA Missions"
Karl Gordon Henize adalah seorang saintis, profesor, dan angkasawan NASA yang berkhidmat di kapal Space Shuttle Challenger pada tahun 1985.
Pada tahun 1993, Henize mengambil cuti panjang dari NASA dan menyertai ekspedisi ke Gunung Everest dengan sekumpulan penyelidik British. Dia berharap diEverest nanti dia akan menguji kesan radiasi alat peranti NASA mengikut suhu diEverest dan ingin membezakan nya semasa diangkasa nanti.
Pada hari kedua di kem pada ketinggian 22,000 kaki, Henize mula menunjukkan tanda-tanda penyakit radang paru-paru.
Henize tidak dapat melengkapkan misinya turun dari gunung dan meninggal dunia di ketinggian 18,000 kaki akibat edema pulmonari. Henize ditinggalkan di Changste Glacier.
Sumber 12 Kematian Paling Popular Di Gunung Everest
0 Response to "12 Kematian Paling Popular Di Gunung Everest"
Post a Comment