Peserta berusia antara 19 tahun hingga 23 tahun berkenaan melakukan perbuatan tidak senonoh itu ketika sedang mengikuti aktiviti tersebut dalam kem motivasi yang dianjurkan sebuah syarikat swasta kira-kira pukul 6 petang.

39 lelaki berbogel ditahan

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohamad Mansor Mohd. Nor berkata, berikutan itu polis menahan mereka bagi membantu siasatan selepas menerima aduan daripada orang awam.

Katanya, terdapat 39 peserta berusia antara 19 tahun hingga 23 tahun menyertai kem motivasi berkenaan dan sembilan orang lagi merupakan wakil syarikat yang menyelia program motivasi tersebut.

“Kebanyakan yang ditahan adalah pelajar berusia antara 19 tahun hingga 23 tahun yang dihantar oleh ibu bapa mereka untuk mengikuti kursus motivasi di pusat peranginan berkenaan,” katanya kepada UTUSAN ONLINE di sini hari ini.

 

Sumber: UTUSAN ONLINE