WANITA LUKIS GAMBAR DONALD TRUMP GUNA PAYUDARA


Semakin ramai penduduk Amerika Syarikat menzahirkan perasaan tidak suka mereka sekiranya negara mereka kelak akan dipimpin oleh bilionaire hartanah, Donald Trump.

Salah seorang daripadanya ialah pelukis yang terkenal dengan video perkongsiannya di Youtube, Aimee Davison yang memaparkan karya terbaharunya dengan menggunakan payudaranya demi menghasilkan potret Trump.
 
Menurutnya, Trump yang merupakan calon parti Republikan untuk sesi pemilihan presiden AS yang ke-45, dipilih sebagai subjek seninya itu kerana figura itu mempunyai reputasi yang buruk dan selayaknya wajahnya dilakar dengan menggunakan buah dada.

Aimee akan melelong lukisannya itu dan 50 peratus daripada hasil itu akan disumbangkan kepada persatuan kebajikan kanser payudara yang dipilih sendiri oleh Trump.

Sekiranya hartawan itu tidak memberikan respons terhadap bidaannya itu, Aimee akan mendermakan keuntungannya itu kepada Yayasan Kanser Payudara Amerika.



0 Response to "WANITA LUKIS GAMBAR DONALD TRUMP GUNA PAYUDARA"

Post a Comment