Ustaz Kasanova Dipenjara Setahun Atas Tuduhan Persetubuhan Luar Nikah

Seorang lelaki yang digelar ‘Ustaz Kasanova’ telah dihukum penjara selama setahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan persetubuhan luar nikah dengan seorang wanita, empat tahun lalu.

Hakim Syarie, Nassir Abdul Aziz membuat keputusan itu terhadap Mohd Razis Ismail, 34, yang telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan perbuatan tersebut dengan wanita berumur 40 tahun sehingga melahirkan anak.  

Nassir dalam keputusannya berkata, hukuman dikenakan terhadap tertuduh bagi menyedarkan, memberi pengajaran dan menginsafkan.  

Menurutnya, tertuduh juga menggunakan imej agama iaitu sebagai seorang ustaz bagi mendapatkan dana menerusi kegiatan muslihatnya di masjid dan surau.  

“Sehingga diviralkan dengan gelaran yang memalukan institusi agama, yang menyebabkan persepsi buruk kepada golongan agama yang benar-benar jujur dan ikhlas berdakwah mendidik masyarakat,” katanya.

Sumber: Sinar Harian
 

Baca di website

0 Response to "Ustaz Kasanova Dipenjara Setahun Atas Tuduhan Persetubuhan Luar Nikah"

Post a Comment