SAYA TAK NAK FAKE KEPADA PEMINAT


Tidak mahu bermuka-muka dengan peminat, itulah kenyataan pelakon dan kini bergelar usahawan muda, Nad Zainal apabila diajukan soalan mengenai kelab peminatnya yang telah dibubarkan.

Katanya kelab yang ditubuhkan beberapa tahun lalu iaitu ‘Nad Zainal Lovers’ dibubarkan berikutan dirinya yang tidak dapat memberikan komitmen terhadap sebarang aktiviti yang dijalankan oleh peminat-peminatnya itu.

“Saya jenis bukan yang suka berjalan atau bermain boling seperti kelab-kelab peminat yang lain. Jadi disebabkan itu saya tak nak jadi ‘fake’. Saya menghargai setiap apa yang dilakukan peminat, cuma saya tak nak janjikan apa-apa”

6- Nad Zainal- Saya Tak Nak Jadi Fake - ROTIKAYA

“Biarlah berpada-pada kerana saya biasa sahaja,” katanya yang ditemui semasa majlis pelancaran produk kecantikannya, Audela. Tambahnya lagi, semenjak menjadi seorang isteri dia lebih suka masanya dihabiskan bersama keluarga apabila tidak keluar menjalani sesi penggambaran.

Mengenai kemenangannya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada tahun lepas hasil undian peminat, dia begitu terharu dan berterima kasih atas usaha kelab peminatnya itu dan sekiranya tidak memenanginya lagi pada tahun ini dia tidak kecewa kerana dia mahukan pula peminat menilai serta menghargai hasil usaha dan kerjaya seninya pula.

“Seronok apabila menang sesuatu anugerah tetapi bagi saya biar pula mereka semua menghargai kemenangan dalam apreasiasi hasil kerja saya pula,” katanya.. SUMBER ROTIKAYA

0 Response to "SAYA TAK NAK FAKE KEPADA PEMINAT"

Post a Comment