Priyanka Chopra berjaya kalahkan Jimmy Fallon


Pelakon terkenal Bollywood, Priyanka Chopra berjaya mengalahkan pengacara Jimmy Fallon dalam pertandingan makan kepak ayam.

New Kerala melaporkan Priyanka dicabar oleh Jimmy ketika membuat kemunculan menerusi program The Tonight Show Starring Jimmy Fallon.

Malah Priyanka dilihat tidak mempunyai sebarang masalah apabila ayam disediakan berperisa pedas dengan sos cili.

“Jimmy mungkin memandang rendah terhadap cinta Priyanka terhadap makanan dan dia berjaya memenangi pertandingan itu walaupun kepak ayam berkenaan pedas,” kata krew program berkenaan.



Priyanka mula mendapat perhatian di Hollywood selepas muncul dalam drama bersiri Quantico dan bakal membintangi filem Baywatch tidak lama lagi.

0 Response to "Priyanka Chopra berjaya kalahkan Jimmy Fallon"

Post a Comment