OLABOLA KUTIP RM16 JUTA, BAKAL KE FESTIVAL FILEM DI TAIPEI

Tahniah filem Ola Bola kerana setelah 39 hari ditayangkan, filem ini berjaya mencatat kutipan sebanyak RM16 juta dan filem ini masih lagi terus ditayangkan di beberapa pawagam.  

Ini bermakna juga, filem terbitan Astro Shaw ini,  filem ketiga yang mencatat kutipan box-office tertinggi di Malaysia selepas Polis Evo (RM18 juta) dan The Journey (RM17.3 juta).  

Mungkinkah Ola Bola bakal menyaingi dua filem ini?  Sama-sama kita nantikan.  

Bagaimanapun Ola Bola tetap hebat kerana walaupun banyak filem-filem blokbuster dari luar yang turut ditayangkan namun Ola Bola tetap ada peminatnya.  

Selain itu juga, Ola Bola telah dijemput untuk menyertai ‘official selection’ di Taipei Golden Horse Fantastic Film Festival antara 8 dan 17 April 2016.

Tahniah Ola Bola.
 

Baca di website

0 Response to "OLABOLA KUTIP RM16 JUTA, BAKAL KE FESTIVAL FILEM DI TAIPEI"

Post a Comment