MAHATHIR LEBIH TERUK DARI NAJIB UNGKAP RAIS YATIM


Gombak – Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Dr Rais Yatim menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak keterlaluan mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Penasihat Hal Ehwal Khas Sosial-Budaya kepada Kerajaan Malaysia berkata, ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri lebih banyak tindakan yang teruk dibuat daripada Najib tetapi tidak didedahkan.

“Jika bandingkan dengan apa yang Tun (Dr Mahathir) buat dulu, sehingga hal-hal tidak wajar pernah berlaku seperti Operasi Lalang, dia bertindak luar kawalan.

“Tak nak buka rekod itu kerana tak nak aibkan. Dalam Islam mengaibkan saudara lain, nanti kita akan diaibkan.


“Saya sebagai bekas seorang menteri beliau, banyak perkara berlaku tetapi kita juga harus jangan gunakan perkataan untuk menghentam atau meletakkan sesuatu itu sehingga tidak ada nilai lagi,” katanya kepada pemberita di Universiti Islam Malaysia. hari ini.

Dalam pada itu, Dr Mahathir juga dinasihatkan agar menghargai BN dan UMNO yang menaikkannya sehingga menjadi Perdana Menteri.

“Dr Mahathir naik sebab BN dan UMNO, kena ada hati sikit untuk beri budi satu cara ketokohan yang selama ini dapat dipakai orang.

“Tetapi jika beliau tidak fikir begitu, saya tak dapat buat apa-apa,” katanya. – Free Malaysia Today


0 Response to "MAHATHIR LEBIH TERUK DARI NAJIB UNGKAP RAIS YATIM"

Post a Comment