Haeriyanto Hassan Ganti Tugas Isteri

Mempunyai masa yang terluang kerana kerja yang tidak tentu masa, pelakon senior terkenal Haeriyanto Hassan, mengisi masa tersebut dengan mengemas rumah dan memasak untuk ahli keluarga sementara isterinya bekerja.

“Berbanding isteri, saya lebih banyak masa terluang kerana isteri juga masih bekerja. Kalau saya sibuk menjalani penggambaran dan isteri pula pergi kerja, anak-anak kami akan hantar ke nurseri,” jelasnya.

Menurut Haeriyanto lagi, kebiasaannya dia akan menyediakan makanan untuk keluarganya dan mengemas rumah serta membasuh pakaian harian mereka.
 
“Syukur alhamdulillah saya pandai masak sebab pernah diajar oleh emak sewaktu kecil lagi. Selain itu juga, saya akan mengemas rumah dan membasuh baju,” katanya.
 
Beralih cerita mengenai pengalaman berlakon selama ini, Haeriyanto bakal mengarahkan sebuah drama dengan hasil skripnya sendiri.
 
"Ya saya ada niat untuk mengarah sudah lama lagi cuma keadaan mungkin belum mengizinkan. Insya-Allah dalam masa setahun saya akan mengarah dengan hasil skrip saya sendiri," jelasnya.
 
Menyentuh perkembangan kerjaya, Haeriyanto sekarang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri 30 episod 'satu Cinta' bersama JS Pictures, arahan Jamal Khan.

Baca di website

0 Response to "Haeriyanto Hassan Ganti Tugas Isteri"

Post a Comment