Duit Gaji Tak Cukup, Kerja Sambilan Maksiat Jadi Pilihan

"Part-time maksiat saja.." | KLANG - Penampilannya yang cantik bagaikan model menjadikannya sanggup bekerja sebagai pelayan di pusat hiburan di Jalan Tangkak, dekat sini.

Gadis tempatan mesra disapa Ija, 26, antara diperiksa polis Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Klang Utara, jam 11 di sebuah pusat hiburan di Jalan Tangkak, kelmarin.

Duit Gaji Tak Cukup, Kerja Sambilan Maksiat Jadi Pilihan

“Ija kerja di sini cuma part time saja sebab nak cari duit lebih. Gaji bulanan saya tak cukup.

“Kerja kat sini, satu malam boleh dapat dalam RM300 bergantung berapa botol minuman keras diberikan kepada pelanggan. Dalam seminggu, saya kerja dua atau tiga kali,” katanya yang bekerja di sebuah syarikat penyiaran di Kuala Lumpur.

Hasil risikan seminggu, polis menahan tujuh gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam lingkungan 25 hingga 30 tahun.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, turut ditahan seorang laki tempatan merupakan penjaga premis.

“Operasi yang tamat awal pagi mendapati premis pernah diserbu sebelum ini,” katanya.

0 Response to "Duit Gaji Tak Cukup, Kerja Sambilan Maksiat Jadi Pilihan"

Post a Comment