Bapa Mencuri Kerana Anak Lapar Tidak Diserahkan Ke Pihak Polis Sebaliknya Diambil Bekerja

Desakan hidup membuatkan sesetengah dari kita terpaksa melakukan apa sahaja asalkan dapat memenuhi hajat.  Apatah lagi jika melibatkan anak.  Inilah kisah benar yang berlaku dalam kehidupan kita sekarang.  

Seorang lelaki dan merupakan seorang bapa terpaksa mencuri beberapa barangan makanan bernilah RM27 dari sebuah pasar raya kerana anak-anaknya lapar.  

Dia pula tidak mempunyai wang kerana telah berhenti kerja sebagai pekerja kontrak selepas isterinya koma kerana komplikasi selepas bersalin dan kini dirawat di Hospital Bukit Mertajam.  

Bagaimanapun lelaki tersebut yang enggan namanya didedahkan bersyukur kerana selepas ditangkap ketika hendak keluar dari pasar raya tersebut, dia tidak diserahkan kepada pihak polis sebaliknya diberi peluang pekerjaan.  

Menurut Pengurus Besar Tesco Alma, Radzuan Ma’asan, dia mengambil pendekatan lain dengan mahu memberikan peluang pekerjaan kepada lelaki tersebut kerana dia bukanlah seorang pencuri tegar.  Sebaliknya dia mengaku mencuri kerana anaknya lapar.  

“Beliau juga memberitahu kami bahawa dia tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga tiga anaknya yang berusia antara dua hingga tujuh tahun.

“Jadi, kami mengambil keputusan untuk tidak membuat laporan polis kerana ini adalah kes kemiskinan yang melampau," katanya.  



#sumber mStar Online

Baca di website

0 Response to "Bapa Mencuri Kerana Anak Lapar Tidak Diserahkan Ke Pihak Polis Sebaliknya Diambil Bekerja"

Post a Comment