KENAPA perlu melabur ribuan ringgit jika anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan telefon pintar yang jauh lebih murah berbanding harga yang ada di pasaran sekarang!
Ini kerana, Ringging Bells, pembuat telefon bimbit di India baharu sahaja melancarkan model terbaharu mereke, ‘Freedom 251’ pada harga Rs.251 (lebih kurang RM15.30), sekaligus menjadikan telefon pintar paling murah dijual di dunia.
Menariknya, telefon pintar yang didatangkan dengan sistem Android Lolipop 5.1 ini mempunyai paparan skrin 4 inci dengan paparan 960x540, pemproses 1.3 GHz empat teras, RAM sebesar 1 Gigabyte dan muatan memori dalaman sebesar 8 Gigabyte, selain turut mempunyai slot untuk kad mikroSD.
Malah kepada individu yang suka bergambar, peranti ini turut diperkasakan dengan kemampuan optik – 3.2 megapixel kamera belakang dan 0.3 megapixel kamera hadapan.
Selain itu, Freedom 251 ini juga membolehkan penggunanya mengakses pelbagai platform atau aplikasi media sosial termasuk YouTube, WhatsApp, Facebook serta berita terkini.
Memetik laporan media antarabangsa, telefon pintar mampu milik ini dihasilkan khas untuk golongan yang kurang berkemampuan.
Berminat? Tempahan dibuka bermula hari ini, 18 Februari pada jam 6 pagi (waktu India) dan tarikh akhir membuat pesanan pada 21 Februari, jam 8 malam.
Sementara, proses penghantaran pula akan siap pada akhir bulan Jun.
0 Response to "Telefon Pintar Termurah Di Dunia, RM15.30 Kini Di Pasaran!"
Post a Comment