SUAMI SAHKAN ALMY NADIA HAMIL ANAK KEDUA


Jika sebelum ini, ramai yang berteka-teki mengenai gambar yang dimuatnaik Almy Nadia yang menunjukkan seolah dia kini sedang berbadan dua itu terjawab apabila suaminya, Fizz Fairuz mengesahkan bahawa isterinya itu memang sedang mengandungkan anak kedua mereka. 

Menurut Fizz, usia kandungan isterinya itu sudah mencecah 7 minggu. 

"Alhamdulillah, Almy Nadia dah pregnant tujuh minggu. Rezeki saya nombor dua, rezeki saya untuk karnival di Pahang nanti. Ini rezeki saya. Baru diputuskan oleh doktor yang dia pregnant tujuh minggu," ujar Fizz dipetik sebagai berkata. 

Dalam pada itu Almy berkata, meski pun mengetahui berita gembira itu dua bulan lalu, dia belum bersedia mendedahkannya kepada umum. 

"Alhamdulillah, saya anggap ini rezeki. Kandungan sudah mencecah tujuh minggu. Jadi, doakan semoga semuanya berjalan lancar. 

"Pada peringkat permulaan ini, alahan seperti biasa. Namun tidak seteruk mengandungkan anak sulung. 

 

"Saya tidak kisah soal jantina anak kedua ini asal sihat dan sempurna," jelas Almy. 

Difahamkan, Almy dijangka akan bersalin awal Oktober depan. 

Untuk rekod, Fizz dan Almy sebelum ini dikurniakan seorang perempuan bernama Nur Afrina Arianna yang kini berusia setahun. 


Sumber www.myartis.com

0 Response to "SUAMI SAHKAN ALMY NADIA HAMIL ANAK KEDUA"

Post a Comment