"SIAPA SURUH TAK PERNAH AMBIL TAHU TENTANG HANDPHONE SUAMI KAN DAH KENA TIPU SUAMI"


Saya nak kongsi satu kisah tentang isteri yang tidak pernah mengambil tahu atau peduli tentang handphone suaminya. Orang sebelah rumah saya saja.

Gaji suaminya tidaklah besar mana, dalam RM2,000 lebih sahaja. Anak ada 5 orang dan semuanya bersekolah di sekolah menengah. Isteri dia kononnya 100% percaya pada suami. Dalam diam-diam suami menipu kononnya kursus, kerja oustation, kerja overtime.

Saya yang menjadi jiran ini lebih tahu suami dia sudah kahwin lain selama 5 tahun sudah. Anak dengan isteri kedua pun sudah ada tiga orang. Semuanya masih kecil lagi, lebih-lebih lagi yang bongsu baru saja dilahirkan. Perempuan yang suami dia kahwini itu pun saya kenal sebab dia kawan kepada saya. 

Si isteri selalu merungut yang duit gaji suaminya tidak cukup semenjak tiga tahun yang lalu. Dia tidak tahu yang suaminya sudah kahwin lain sampai beranak pinak. Isterinya ini sanggup berhenti kerja atas arahan suami. Isterinya itu punyalah baik dan tidak tahu selama ini dia ditipu oleh suami hidup-hidup. 

Kalau betul nak kahwin lagi, buatlah cara yang betul. Jangan sampai menganiaya isteri yang beri sepenuh kepercayaan. Sampaikan isteri nombor dua ini selalu saja memperlekehkan isteri pertama. 

"Siapa suruh jadi bodoh dan tak pernah ambil tahu aktiviti suami dia," katanya. 

Isteri nombor dua satu tempat kerja dengan suami. Saya tidak mahu masuk campur tetapi saya jadikan sebagai iktibar agar saya juga tidak menjadi mangsa seperti jiran saya ini. 

Kepada puan-puan semua, tidak payahlah konon-kononnya percaya suami 100%. Sudahlah makan pakai tidak seberapa nak cukup, pergi pula menambahkan lagi beban, bertambah susahlah hidup. 

Elok-elok kerja satu kerja, dah kena buat dua kerja sebab ada dua isteri. Kemudian terkejar-kejar ke sana sini bila anak isteri sakit serentak. Amekkaw! - SUMBER PIXEL MEDIA

0 Response to ""SIAPA SURUH TAK PERNAH AMBIL TAHU TENTANG HANDPHONE SUAMI KAN DAH KENA TIPU SUAMI""

Post a Comment