Niat Cuma Nak Nasihat, Tak Sangka Viral


BATU PAHAT: "Niatnya hanya untuk menasihati dan tidak sangka pula ia mendapat perhatian ramai hingga menjadi viral di laman sosial,” kata jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Batu Pahat Alias Mohd Zain berhubung papan tanda JKR yang terletak di Jalan Bakau Condong, di sini.
Gambar papan tanda yang memaparkan nasihat kepada golongan wanita yang tidak mahu bertudung itu menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari lalu.
Menurut Alias, papan tanda berkenaan sebenarnya dinaikkan sejak Januari lalu dan niat untuk memberikan nasihat itu tercetus secara spontan apabila melihat kedudukannya yang agak strategik iaitu antara laluan utama ke bandar Batu Pahat.
“Pada awalnya papan tanda itu digunakan untuk menyalurkan maklumat mengenai program dijalankan sekitar daerah ini namun kadangkala ia terbiar kosong.
“Oleh itu, lebih baik ia diisi dengan ayat berbentuk nasihat yang mungkin boleh dijadikan pedoman dan peringatan kepada orang ramai terutama pengguna jalan raya.
“Malah, Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda iaitu sampaikanlah daripadanya walau hanya satu ayat,” katanya.

0 Response to "Niat Cuma Nak Nasihat, Tak Sangka Viral"

Post a Comment