Nazri Aziz label kritikan Muhyiddin bagai ‘anjing asyik gigit kaki’

Nazri tuduh Muhyiddin seperti ‘anjing gigit kaki tuannya’

Nazri tuduh Muhyiddin seperti ‘anjing gigit kaki tuannya’

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz terus menyerang dan mengkritik Tan Sri Muhyiddin Yassin biarpun pemimpin UMNO lain kurang senang dengan tindakannya.

Terbaru, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu menyifatkan kritikan Muhyiddin kepada Datuk Seri Najib Razak seperti anjing yang menggigit kaki tuannya.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu lagi, tindakan Muhyiddin menyebabkan UMNO sukar memberi bantuan dan perkhidmatan kepada rakyat.

“Kita nak buat kerja sebab rakyat lebih penting, jadi kita kena tumpu sebagai sebuah pasukan untuk membantu rakyat.

“Kalau Muhyiddin bersikap macam anjing asyik gigit kaki kita, susahlah,” katanya dalam sidang media, di Persidangan Meja Bulat Imam Kebangsaan 2016 Edisi Pelancongan Masjid, hari ini.

Jelas Nazri lagi, kenyataan Muhyiddin bahawa tindakannya mengkritik Najib kerana beliau takut kepada tuhan serta atas kepentingan rakyat juga meragukan dan boleh dipertikaikan.

“Kalau dia (Muhyiddin) kata dia buat atas kepentingan rakyat, dia fikir tuhan hantar dia ke bumi ini, seorang je untuk menjadi wakil rakyat? Saya wakil rakyat juga, Najib juga wakil rakyat. Takkanlah dia mewakili rakyat seluruh Malaysia.

“Kalau dia kata dia buat ini (kritikan terhadap Najib) sebab takut tuhan, jadi adakah dia hendak cakap kita tidak takut tuhan? Kita semua ini, saya, Najib, Zahid bukan Islam?” tegasnya.

Justeru, Ahli Parlimen Padang Rengas itu bercadang untuk membawa Muhyiddin ke Jawatankuasa Lembaga Disiplin UMNO.

“Saya nak usul bawa dia ke Lembaga Disiplin. Saya hendak cadang dia digantung jawatan, tetapi bukan keahlian,” katanya lagi.

Sumber: Free Malaysia Today

0 Response to "Nazri Aziz label kritikan Muhyiddin bagai ‘anjing asyik gigit kaki’"

Post a Comment