KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin menafikan dakwaan beliau telah memecat beberapa imam masjid di negeri itu.
Menurut Asri, sekiranya benar dakwaan itu, beliau meminta individu yang menyebarkan dakwaan itu tampil bersama senarai imam yang telah dipecat.
"Kalau benar seperti didakwa, namakan imam masjid mana dan siapakah imam tersebut. Kalau betul pun ada imam yang dipecat, bukan kerana soal baca Qunut ketika solat.
"Tapi kalau ada khidmat seorang dua imam masjid yang ditamatkan, tidak perlu kita nak buka aib orang.
"Mungkin dia dipecat kerana ada masalah peribadi. Takkan saya nak buat kenyataan media (perjelas sebab pecat imam masjid)," katanya ketika berlangsungnya diskusi ilmiah, Ektremisme Agama di Malaysia di sini, malam tadi.
Asri sebelum ini pernah berdepan tuduhan memecat beberapa imam masjid dan menutup masjid di negeri Perlis.
Bagaimanapun beliau menafikan dakwaan tersebut.
0 Response to "'Namakan Berbelas Imam Masjid Yang Saya Pecat'"
Post a Comment