Kisah Rozita Che Wan Ditahan Imigresen Kerana Tak Bayar Cukai
Memang pernah terjadi selebriti popular ada yang tidak bayar cukai pendapatan malah ada juga yang sanggup lari dari membayar cukai tersebut.
Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan mendedahkan bahawa beliau pernah ditahan dari bercuti ke luar negara oleh pihak imigresen selepas beliau didapati mempunyai hutang atau tunggakan cukai pendapatan.
Kejadian memalukan ini berlaku pada tahun 2014 yang lalu.
Serik dan menyesal dengan kejadian itu, Rozita Che Wan terus melantik seorang peguam untuk menguruskan segala pembayaran cukai pendapatan peribadi, juga membabitkan perniagaan yang diceburinya untuk mengelakkan kejadian sama berulang.
“Sampai di kaunter imigresen, saya kena tahan. Mereka kata nama saya disenaraihitamkan, saya tidak dibenarkan ke luar negara kerana tidak menjelaskan cukai pendapatan. Memang itu satu kesilapan saya sendiri,”
“Sekarang, selepas urusan pembayaran cukai diuruskan dengan baik dan teratur setiap tahun, saya jadi cukup lega. Memanglah lega, kalau tidak saya akan ‘keras’ dalam negara sahaja, tidak boleh berjalan ke mana-mana lagi,”
Che Ta kini sedang berjaya di dalam dunia lakonan dan juga perniagaannya yang sedang maju. Jika ingin sertai menjual produk Che Ta, boleh hubungi di SINI (KLIK SINI)
0 Response to "Kisah Rozita Che Wan Ditahan Imigresen Kerana Tak Bayar Cukai"
Post a Comment