Keluarga Yakin Nor Azimah Masih Hidup


Kuala Lumpur – Lebih dua bulan, hanya interaksi bersama wakil Malaysia di Arab Saudi secara konsisten menjadi antara penguat semangat dan motivasi kepada keluarga Nor Azimah Ibrahim bahawa mangsa yang hilang di negara itu masih hidup.

Bapa mangsa Ibrahim Abdul Rahman, 54, berkata wakil Malaysia yang berkomunikasi dengan polis di negara itu akan menghubunginya sekurang-kurangnya setiap dua minggu sekali bagi memaklumkan perkembangan mengenai pencarian anaknya itu.

“Saya tidak putus doa dan berharap dia (Nor Azimah) ditemui selamat dan kembali ke pangkuan keluarga di Malaysia,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini. – Bernama

0 Response to "Keluarga Yakin Nor Azimah Masih Hidup"

Post a Comment