KANTOI BERPURA-PURA MENYANYI


Beijing – Seorang penyanyi terkenal China ‘kantoi’ berpura-pura menyanyi dengan hanya menggerakan bibir ketika satu konsert disiarkan di televisyen apabila memegang mikrofon terbalik.

Sa Dingding, 32, penyanyi dan penulis lagu dari Inner Mongolia, mengadakan persembahan pada Gala Festival Tanglung disiarkan di saluran CCTV 15 apabila kejadian memalukan itu berlaku, lapor People’s Daily Onlilne.

Sa membuka persembahan dengan tarian sebelum bintang pop itu menyedari dia memegang mikrofon terbalik ketika ‘menyanyi.’

Rakaman video menunjukkan Sa tersenyum tersipu-sipu perlahan-lahan membetulkan pegangan mikrofonnya sebelum meneruskan persembahan seperti tiada apa yang berlaku.

Selepas persembahan berakhir, Sa menulis kepada 1.6 juta pengikutnya di laman Weibo – ‘Lain kali saya akan perbaiki kemahiran berlakon.’

Pengguna Internet bagaimanapun tidak terkejut kerana menganggap perbuatan itu sesuatu yang biasa dalam kalangan artis China.

0 Response to "KANTOI BERPURA-PURA MENYANYI"

Post a Comment