"Jadi Saya Duduk Tengah Jalan Bergambar Macam Pelancong", Kata Timbalan Menteri Tanda Protes


Melaka - Sebagai tanda protes jalan berlubang tidak diperbaiki, Timbalan Menteri Timbalan Menteri Sains,Teknologi & Inovasi (MOSTI), Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah bertindak memuat naik gambar beliau berada di dalam lubang jalan tersebut dengan berselipar jepun.

Gambar-gambar tersebut dimuat naik oleh beliau di laman Facebooknya yang bernama Abu Bakar Diah.

"4.40ptg Jalan Bukit Berlian. Bukit Rambai. Pejabat Daerah Buat Tak Tahu Setelah Aduan di Buat. 

"Inilah Nasib Wakil Rakyat. Bila Jalan Berlubang. Kata Wakil Rakyat Tak Kerja. 

"Bila Buat Aduan Pihak Berkenaan Tak Layan.

"Jadi Saya Duduk Tengah Jalan Bergambar Macam Pelancong.

"Mari Kita Bergambar Beramai Ramai....Cantik Pemandangan di Sini.", tulis Abu Bakar di status tersebut.

Setakat hari ini, gambar terbabit telah menerima lebih dari seribu 'likes' dan lebih dari 300 perkongsian. - Sumber Siakapkeli.my


FACEBOOK DR ABU BAKAR

0 Response to ""Jadi Saya Duduk Tengah Jalan Bergambar Macam Pelancong", Kata Timbalan Menteri Tanda Protes"

Post a Comment