IKHLAS bela peniaga vape yang gulung tikar, jawab titah sultan Johor esok

Pertubuhan Ikatan Usahawan kecil dan Sederhana (IKHLAS) menegaskan akan terus memperjuangkan peniaga-peniaga vape yang terkesan akibat pengharamannya di Johor.

Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, beliau akan mengadakan satu mesyuarat dengan peniaga vape bagi membincangkan mengenai teguran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berhubung perkara berkenaan.

IKHLAS bela peniaga vape yang gulung tikar, jawab titah sultan Johor esok

IKHLAS bela peniaga vape yang gulung tikar, jawab titah sultan Johor esok

“Kita dah ambil kira, malam ini kita akan adakan mesyuarat bersama golongan-golongan belia yang gulung tikar ini. Hasil keputusan dengan peniaga, IKHLAS akan jawab bersama titah yang dibuat oleh Sultan Johor.

“IKHLAS berjuang atas dasar hak istimewa orang Melayu yang ada dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Saya sebagai ketua NGO (badan bukan kerajaan) untuk peniaga-peniaga Melayu sudah tentu akan memperjuangkannya,” katanya kepada FMT hari ini.

Ridzuan berkata demikian mengulas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar apabila menegurnya setelah mempertikaikan keputusan baginda mengharamkan penjualan vape di Johor.

“Kepada pihak yang ingin mencabar keputusan saya iaitu Presiden IKHLAS yang katanya mengumpul satu juta nama dan tanda tangan, mana dia nama yang sudah dikumpul?

“Satu nama pun saya tak nampak lagi. Ingatlah, jangan letak otak di lutut sampai sanggup membahayakan kesihatan orang lain hanya untuk mengaut keuntungan wang ringgit,” titah Sultan Johor.

Dalam pada itu, Ridzuan berkata, beliau akan mengulas lebih lanjut mengenai titah Sultan Johor esok dalam satu sidang media di Hotel Sani, di ibu negara.

“IKHLAS akan jawab titah Sultan Johor esok dalam satu sidang media pada jam 11 pagi,” katanya.

Sumber : FMT

0 Response to "IKHLAS bela peniaga vape yang gulung tikar, jawab titah sultan Johor esok"

Post a Comment