'HERO MALAY' DAHULU, KINI DI TANGKAP DI DAKWA CEDERAKAN MEKANIK DENGAN PARANG


KUALA LUMPUR - Shahrul Anuar Abdul Aziz, 23, yang didakwa mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat tahun lalu, sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mencederakan seorang mekanik, empat hari yang lalu.

Shahrul bersama dengan rakannya Muhammad Shameer Zaidi, 19, masing-masing mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut di hadapan Majistret Mohd Rehan Mohd Aris. 

Kedua-dua tertuduh yang merupakan pekerja kedai dobi, didakwa mencederakan Hafizuddin Hamzah, 27, menggunakan parang di bengkel Mizan Racing Tuned, Jalan Jelatek, jam 3.30 pagi, 20 Februari lalu.

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan jika disabitkan bersalah boleh dihukum penjara maksimum 3 tahun atau denda atau sebab atau mana-mana dua dari hukuman itu. 

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Faizal menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh. Bagaimanapun, Mohd Rehan belu membenarkan jaminan berikutan penjamin kedua-dua tertuduh tidak hari pada hari ini.

Shahrul terdahulu didakwa mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat, 11 Julai 2015. Kemudian Shahrul sekali lagi didakwa menyalahgunakan dadah pada 12 Julai 2015, bagaimanapun beliau mengaku bersalah dan didenda RM2,000. - SUMBER PIXEL MEDIA

0 Response to "'HERO MALAY' DAHULU, KINI DI TANGKAP DI DAKWA CEDERAKAN MEKANIK DENGAN PARANG"

Post a Comment