KUALA LUMPUR: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) bakal memastikan setiap Jabatan Perhutanan Negeri mempunyai alatan dron dalam usaha mencegah kegiatan pencerobohan hutan simpan kekal khusus mengekang aktiviti mencuri kayu gaharu.
Ketua Pengarah JPSM Datuk Sri Abd Rahman Abd Rahim berkata, penggunaan teknologi dron atau pesawat tanpa pemandu (UAV) itu adalah inisiatif terbaru bahagian penguatkuasaan JPSM.
Menurutnya, JPSM mensasarkan setiap negeri di Semenanjung Malaysia memiliki dron sepanjang Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dengan menggalakkan pembelian dron biasa pada harga antara RM10,000 dan RM12,000.
“Ketika ini hanya Kelantan mempunyai dron sendiri manakala negeri lain selain Melaka, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur menyewa drone daripada syarikat swasta mengikut keperluan.
“JPSM akan mengadakan demonstrasi penggunaan dron di Ibu Pejabat JPSM pada 23 Februari ini untuk memberi pendedahan serta keberkesanan penggunaan teknologi ini,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
0 Response to "Guna Dron Cegah Pencerobohan Hutan"
Post a Comment