Gaduh Dengan Mira Filzah, Ini Komen Mia Ahmad


Gaduh Dengan Mira Filzah, Ini Komen Mia Ahmad


Pelakon cantik Mia Ahmad kini terpallit dengan kontroversi apabila dikatakan bergaduh engan pelakon comel yang sedang meningkat naik iaitu Mira Filzah.

Mia Ahmad telah tampil menegaskan dia tiada masalah Mira Filzah yang semakin popular menerusi drama, Cinta Si Wedding Planner.

Gosip pergaduhan mereka bermula kerana dikatakan Mira Filzah punca perpisahan Mia Ahmad dengan pelakon kacak iaitu Syarul Ridzwan.

Khabar mengenai hubungan kurang baik membabitkan kedua-dua pelakon cantik itu mula timbul apabila munculnya gosip tersebut.

Namun, Mia mahupun Syarul tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengesahkan mereka bercinta sebelum ini.

Mia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Mira, malah dirinya sentiasa bersikap profesional setiap kali mereka bertemu pada majlis serta acara hiburan.

Ini komen Mia:

"Saya tiada masalah dengan Mira. Kami baik-baik saja dan tiada istilah bermasam muka dengan gosip yang timbul. Tidak ada apa untuk saya jelaskan lagi mengenai isu ini. 

"Biasalah, lumrah anak seni apabila sering terpalit dengan pelbagai kontroversi. Jadi saya memilih untuk tidak memanjangkan perkara ini,"

Tambah Mia, dia turut menyedari gosip berkenaan menjadi serius apabila ada pihak yang cuba melaga-lagakan mereka bertiga menerusi sebuah akaun laman sosial palsu.

Sumber: BH


0 Response to "Gaduh Dengan Mira Filzah, Ini Komen Mia Ahmad"

Post a Comment