Dalam video tersebut, salah seorang dari mereka membaca mesej perpisahan yang ditulis oleh lelaki tersebut, yang dipercayai sebagai bekas kekasih salah seorang dari mereka.
Dengan nada bergurau, seorang daripada wanita itu membaca mesej tersebut dengan keras, yang ditulis dalam bahasa Inggeris yang berterabur, dan kemudian disambut dengan gelak tawa dari rakan-rakannya.
Video TikTok ini menjadi viral setelah dikongsikan semula oleh seseorang melalui Twitter pada hari Selasa.
Ramai netizen menyuarakan kemarahan mereka terhadap tindakan empat sahabat perempuan itu yang dianggap tidak sopan dan merendahkan lelaki tersebut kerana kekurangan penguasaan bahasa Inggeris.
Banyak orang juga mengkritik sikap seperti ini yang membuat orang lain takut dan malu untuk menggunakan bahasa Inggeris.
0 Response to "4 Terpaling Bijak English Bahan Mesej Perpisahan Seorang Lelaki"
Post a Comment