[Video] Sekeluarga kebvlur tepi highway, treler rosak pukul 3 pagi… Isteri minta bantuan di TikTok, tak sangka netizen hantar nasi kenduri!

KOMUNITI yang saling bantu-membantu adalah satu kurniaan yang tidak ternilai.

Dalam realiti kehidupan, tidak ada individu yang mampu berdiri berseorangan tanpa sokongan orang di sekeliling.

Perkara tersebut terbukti benar apabila orang awam turun padang membantu tiga beranak yang tersadai di Lebuhraya Utara-Selatan kerana treler dinaiki mereka rosak.

Melalui satu video tular di TikTok, Halimatun Saadiah, 26, sedang menuju ke Johor dari rumah mereka di Sungai Petani, Kedah untuk menemani suaminya yang bekerja sebagai seorang pemandu treler.

Turut serta dalam perjalanan itu adalah seorang anaknya.

“Untuk perjalanan tu suami pinjam treler kepunyaan kawan dia.

“Treler kawan dia punya tu brand new dan akan digunakan kalau perjalanan jauh macam kami nak ke Johor hari tu. Treler suami agak lama dan kami tak berani nak guna kalau long distance.

“Nak dijadikan cerita, treler kawan suami tu tiba-tiba rosak apabila dekat highway di Bandar Cassia, Batu Kawan, Pulau Pinang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Rosak sebab bearing pecah,” kata Halimatun atau lebih senang disapa sebagai Achu ketika dihubungi mStar.

Kerosakan treler yang dinaiki Achu sekeluarga diburukkan lagi dengan kebanyakan bengkel ditutup dan para mekanik sedang bercuti kerana sambutan Hari Natal.

“Kejadian berlaku pada 25 Disember lalu, hari public holiday untuk Krismas. Mekanik ramai cuti. Mekanik daripada company suami ada tapi barang ganti pula tiada.

“Nak order memang tak dapat sempat sebab tengah cuti. Jadi kena tunggu boss bawa spare part, itu yang makan masa.

“Treler rosak dalam pukul 3 pagi macam tu, selesai repair semua dan boleh bergerak semula pukul 10 malam keesokan harinya. Hampir seharian kami dekat tepi lebuh raya,” cerita Achu mengenai ins1den pada hari itu yang cukup memenatkan.

Keadaan sedia merunsingkan itu menjadi lebih parah apabila Achu sekeluarga tidak mempunyai bekalan makanan untuk mengharungi penantian yang sungguh lama.

“Suami beritahu nak guna treler kawan dia tu agak last minute. Tak sempat nak transfer makanan daripada treler kepunyaan suami.

Achu bergambar di hadapan treler suaminya.

“Kebiasaannya kalau bergerak naik treler, memang kami akan prepare makanan macam mi segera dan roti untuk anak. Jadi apabila naik treler kawan suami tu, bekalan makanan kami memang kosong.

“Ditambah pula dengan treler rosak tepi jalan hampir dekat 19 jam, kami memang tak ada makanan, kelaparan dan hampir kebuluran,” ujar Achu menggambarkan keadaan yang terdesak itu.

Ketika situasi menghimpit dan hati yang berat melihat anak kelaparan, Achu beralih kepada kuasa viral di media sosial untuk mendapatkan bantuan daripada mereka yang berhati mulia.

“Saya tak pandai sangat nak order makanan dekat Grab dan saya pun tak rasa rider boleh datang ke treler kami yang betul-betul tepi highway ni.

“Saya pun minta bantuan dekat TikTok, saya tak tahu yang dia akan blow up, saya cuba nasib je.

“Sekali memang ‘meletup’, orang semua datang dan makanan yang kami dapat lepas tu memang tak terkata banyaknya,” kata Achu terharu dengan kemurahan hati orang ramai.

Makanan melimpah-ruah yang diterima Achu sekeluarga.

Daripada ketiadaan makanan sehingga menjadi syurga makanan, sejak pagi sehingga lewat petang Achu sekeluarga menerima bantuan daripada orang awam.

“Mula-mula sekitar pukul 8 pagi mekanik datang bawa roti canai dan kami pun makan sekali. Kami dah beritahu mekanik tu siap-siap untuk bawa makanan sebab kami lapar.

“Nak betulkan bearing tu memang makan masa. Tengah hari ada orang dekat TikTok offer nak hantar makanan, saya cakap okay dan saya beritahu yang saya akan bayar dia.

“Lepas tu bukan seorang je yang datang, kalau seingat saya, kami dapat dekat 10 jenis makanan. Saya sampai kena cakap stop dekat TikTok sebab takut makanan berlebihan nanti membazir pula.

“Berbungkus-bungkus makanan kami ada dalam treler waktu tu. Sampai ada orang hantar nasi kenduri katering dekat kami. Ada juga yang hantar coklat dan manisan khas untuk anak saya,” katanya.

Dapur pemanas mudah alih yang dibawa Achu untuk memasak mi segera ketika di dalam treler.

Kata Achu dia sekeluarga begitu terharu dengan keprihatinan orang ramai tatkala mereka dalam kesusahan.

“Saya rasa terharu sangat sebab yang datang tolong kami tu bukan orang yang kami kenal pun dan kebanyakan mereka merupakan anak muda.

“Walaupun kami tak ada apa-apa hubungan tapi mereka masih sudi datang bantu kami. Yang datang bagi makanan tu pun budak-budak motosikal.

“Jadi jangan pandang rendah dekat mereka,” kata Achu berbesar hati dengan kebaikan yang diterimanya.

Achu memaklumkan petugas lebuh raya juga datang untuk melihat keadaan mereka tetapi tidak mempunyai barang ganti treler yang diperlukan untuk membantu.

Sementara menunggu masa berlalu, Achu dan anaknya berehat di dalam kabin yang terletak di bahagian belakang treler.

“Saya dan anak duduk dekat kabin belakang yang ada tilam, bantal dan selimut. Memang selesa tidur,” kata Achu mengakhiri bicara.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/QTqiek1



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "[Video] Sekeluarga kebvlur tepi highway, treler rosak pukul 3 pagi… Isteri minta bantuan di TikTok, tak sangka netizen hantar nasi kenduri!"

Post a Comment