[VIDEO] Rita Rudaini Kongsi Rutin Mingguan Hantar Anak Solat Jumaat, Netizen Rasa Seb4k; “Awak Ibu Hebat…”

Perkongsian terbaharu pelakon Rita Rudaini di laman TikTok miliknya mengundang rasa seb4k wargamaya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Rita, 46, berkongsi sebuah video mengenai aktivitinya pada setiap Jumaat yang menghantar serta menunggu dua orang anak lelakinya menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid.

Kata Rita, video tersebut diambil untuk dijadikan kenangan dan menyatakan tugas tersebut akan selesai setelah mereka berkeluarga kelak.

“Simpan kenangan ini sampai akhir hayat kamu ya anak-anak.

“Mommy (Rita) tunggu kamu dalam kereta, tugas mommy untuk anak-anak lelaki akan selesai bila kamu dah ada keluarga sendiri. Doakan mommy sihat selalu,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya merasa sebak selain bangga melihat Rita kuat dalam membesarkan anak-anak biarpun bergelar seorang ibu tunggal.

@ritrud727

#Repost @ritrud727 ・・・ Simpan kenangan ni sampai akhir hayat kamu ye anak2…mommy tggu kamu dlm kereta 😌…tugas mommy utk anak2 lelaki akan selesai bila kamu dah ada keluarga sendiri…doa kan mommy sihat selalu 🤍

♬ original sound – Rita Rudaini – Rita Rudaini

“Saya seb4k tengok video ini, Saya memang salute awak dalam membesarkan anak-anak,” kata seorang wargamaya.

“Insya-Allah. Kasih sayang dan ajaran daripada ibunya sahaja sudah cukup sempurna,” komen seorang warganet.

“Saya selalu kena kec4m sebab selalu support sis daripada awal PKP, tapi saya tetap sokong. Awak ibu hebat, semoga kasih itu kekal sampai syurga,” ujar seorang netizen.

Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak Malaysia, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008.

Hasil daripada perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Namun, mereka disahkan bercerai pada tahun 2013.

Malah, sebelum mengahwini Aidil, Rita terdahulu mendirikan rumah tangga bersama seorang pengulas sukan di sebuah stesen televisyen, Akbar Shaari pada 1999 sebelum berpisah pada 2001.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "[VIDEO] Rita Rudaini Kongsi Rutin Mingguan Hantar Anak Solat Jumaat, Netizen Rasa Seb4k; “Awak Ibu Hebat…”"

Post a Comment