8 Jam Kena S1dai Di KLIA Buat Lelaki Ni Ber4ng. Ramai Setuju & Sokong Dengan Tindakannya!

Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan satu video seorang lelaki berang di hadapan kaunter penerbangan gara-gara menunggu terlalu lama hingga berjam-jam untuk menaiki pesawat yang sepatutnya dijadualkan berlepas pada jam 11.35 malam.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna TikTok dikenali sebagai @opmchimmy, dia mengatakan sepatutnya pesawat yang membawa mereka berlepas pada jam 2335 (11.35 malam) 22 Disember 2022 namun ditunda sehingga jam 0740 (7.40 pagi) 23 Disember 2022, tanpa sebarang pengumuman.

Dalam video tersebut, jelas terdengar suara tegas seorang lelaki yang sedang m4rah di kaunter untuk menggesa agar pihak pengurusan bertangungjawab kepada para penumpang yang keletihan lebih-lebih lagi kepada warga emas.

Selepas dides4k, pihak pengurusan memberi jawapan bahawa hotel mereka penuh dan tidak dapat berbuat apa-apa.

@opmchimmy

Flight delayed 8 hours , supposedly to catch on flight at 2335 hrs @22/12/2022 , but delayed until 0740hrs @ 23/12/2022 without any announcement given to all the passengers:( #malindoair #batikair

♬ original sound – Chimmy – Chimmy

Penjelasan tersebut membuatkan para penumpang semakin naik angin kerana mereka membiarkan penumpang menunggu selama 8 jam tanpa sebarang pengumuman.

8 Jam Kena S1dai

Susulan daripada itu, individu yang menengking staf yang bertugas di kaunter tersebut telah tampil menjelaskan keadaan ketika itu yang mana ia berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui ciapannya di twitter.

Firdaus Jailan mengatakan yang dia sepatutnya menaiki pesawat jam 11.35 malam untuk ke Kuching, Sarawak namun penerbangan telah ditunda dan tiada sebarang pengumuman sehingga mereka perlu menanti terlalu lama.

Susulan daripada itu, ramai yang bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh lelaki terbabit dek kerana pernah alami masalah yang sama.

Mereka juga merasakan apa yang dilakukan dengan menunda waktu penerbangan tanpa memberitahu dan terlalu lama sangat keterl4luan memandangkan ia telah menyusahkan penumpang yang tidak membuat persediaan berhubung kejadian seperti itu.

“flight delay xpe ye…penumpang lmbt seminit dua korg reject blh plk ye…..adil ke xadil????”, komen netizen.

“flight lambat 8 jam, ok penumpang lambat 1 minit, tutup gate” ujar salah seorang wargamaya pula. 

“Saya perna delay 8 jam tapi pihak flight bayarkan hotel untuk Saya rehat,pergi balik hotel pun pihak flight tanggung,” komen yang lain pula. 

Sumber : Tiktok opmchimmy & Twitter firdausjailan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/f3QaXYc



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "8 Jam Kena S1dai Di KLIA Buat Lelaki Ni Ber4ng. Ramai Setuju & Sokong Dengan Tindakannya!"

Post a Comment