Wany Hasrita ‘Menahan Rindu’ Jadi Isteri Pjj, Rancang Pindah Ke Kuching Dekat Dengan Suami

Seperti yang ramai sedia maklum, penyanyi Wany Hasrita telah pun selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya iaitu Mohd Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai lalu.

Jalani rutin PJJ

Selepas lebih dua bulan mendirikan rumah tangga, Wany akui bahawa dia masih dalam proses membiasakan diri sebagai isteri ‘pasangan jarak jauh’ (PJJ) dengan suaminya.

Ujar pemilik suara Penahan Rindu itu, mereka masing-masing kini menjalani kehidupan seperti biasa apatah lagi suaminya yang bekerja sebagai juruterbang dan Wany juga baru dua kali balik ke Kuching, Sarawak untuk bertemu dengan Al-Adib selepas sebulan cuti kahwin.

Rumah tangga jadi keutamaan

Tambah Wany, kehidupan selepas berkahwin sememangnya banyak yang berubah kerana dia perlu bijak dalam membahagikan tanggungjawab antara kerjaya dan juga rumah tangganya. Malah, katanya sudah semestinya perkahwinannya menjadi keutamaan ketika ini.

Alhamdulillah, suami saya faham dengan keadaan kami yang terpaksa berjauhan sekarang kerana komitmen masing-masing.

Bukan itu saja, Wany juga memaklumkan bahawa dia akan berpindah ke Kuching untuk bersama dengan suaminya selepas selesai sepenuhnya semua komitmennya di ibu negara namun bukanlah dalam masa terdekat ini.

Sumber: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "Wany Hasrita ‘Menahan Rindu’ Jadi Isteri Pjj, Rancang Pindah Ke Kuching Dekat Dengan Suami"

Post a Comment