[VIDEO] “Mungkin anak dia mengidam nak makan udang” – Ramai puji pemilik kedai berkongsi rezeki terhadap kucing jalanan

Pencinta kucing sudah tentu faham akan perasaan bila melihat kucing-kucing jalanan yang berada di kawasan awam seperti restoran dan pasar. Itulah rumah dan syurga bagi mereka.

Walaupun kucing itu semua tidak mempunyai tempat tinggal dan pemiliknya, tetapi kebiasaanya kucing ini akan diberi makan oleh insan- insan yang baik hati.

Ramai sebenarnya insan yang baik hati seperti seorang lelaki yang telah memuatnaik video yang memaparkan seekor kucing diberi nama Azura yang tengah bunting sedang memilih makanan kegemarannya iaitu udang yang besar.

Menurut pemilik video itu, Azura selalu datang ke kedainya yang menjual hasil laut untuk memakan udang dan menurutnya lagi walaupun banyak ekor sehari Azura makan tetapi dia biarkan sahaja kerana itu adalah rezekinya dan kegemarannya.

Video:

@ceooffisher

AZURA OH AZURA 😅#friendfreshfish #nelayan

♬ bunyi asal – FriendFreshFish – FriendFreshFish

Apabila diterjah ke ruangan komen pula, ramai warganet yang mendoakan kesejahteraan diri pemilik video itu yang memberi makanan yang terbaik setiap hari walaupun azura bukan kucing yang dipeliharanya.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/IMHb1Lz



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "[VIDEO] “Mungkin anak dia mengidam nak makan udang” – Ramai puji pemilik kedai berkongsi rezeki terhadap kucing jalanan"

Post a Comment