“Kisah Hijrah Saya Bermula Selepas Saya Berhenti Daripada…,” – Mia Ahmad

Pelakon Mia Ahmad mengenang momen sewaktu pertama kali hatinya terdetik untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.

Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, kisah hijrahnya bermula selepas dia memutuskan untuk berhenti berkerja dari sebuah syarikat penerbangan tempatan.

Ulasnya lagi, berkat didikan yang diberikan oleh kedua ibu bapa, dia nekad untuk mendalami lagi ilmu agama.

“Kita semua ada zaman kegemilangan itu.

Bagi saya, kisah hijrah saya bermula selepas saya berhenti daripada sebuah syarikat penerbangan dengan uniform skirt merah.

“Waktu tu saya masih mencari cari diri saya sebenarnya tapi sebab basic pengetahuan ilmu agama yang diberi oleh ibu bapa dari kecik, saya tahu perubahan besar ni akan memberi impact besar juga dalam hidup saya,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Izham Tarmizi itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Dalam pada itu, Mia turut mended4hkan perjalanan hijrahnya turut diuji dengan pelbagai cabaran terutamanya dari segi pendapatan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

Bagaimanapun, ibu kepada dua orang cahaya mata ini tetap bersyukur kerana Allah sentiasa memudahkan urusannya.

“Betullah bila kita menuju ke jalan Allah, satu satu Allah bukakan jalan untuk kita.

“Lepas tu tak berhijab lagi tapi niat tu dah ada cuma kerja dah tak ada waktu tu dengan commitment yang tinggi, hutang credit card lagi nak bayar (waktu spend dulu tak ingat) memang saya lost tapi saya percaya dengan rezeki dan pertolongan Allah S.W.T,” kongsinya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kisah tersebut selain turut mendoakan agar Mia akan terus kekal istoqomah dalam hijrahnya.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/YWMqp9i



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "“Kisah Hijrah Saya Bermula Selepas Saya Berhenti Daripada…,” – Mia Ahmad"

Post a Comment