Kucing Dan Tuan Sama-Sama Tidur Terlentang, “Comelnya Terk4ngkang Tidur…”

Mungkin ada yang tidak tahu, kebiasaanya haiwan peliharaan ini akan memgikut tingkah laku kita jika mereka sudah biasa dan selesa dengan kita. Ini mungkin juga disebabkan mereka selalu bersama kita jadi terikut-ikut kelakuan kita seharian.

Jika mengikut benda yang baik-baik itu tidak mengapa la tetapi jika mengikut kelakuan yang buruk memang tidak haruslah. Seperti situasi yang dikongsikan di aplikasi Tik Tok memgenai telatah seekor kucing yang tidur dengan gaya tidur yang sama dengan pemiliknya.

Ianya bukan sahaja kelihatan lawak dan lucu, malah ramai yang turut sama merasa ‘geram’ melihat kecomelan kedua-duanya yang tidur dengan gaya yang sama. Rakaman Video tersebut menjadi tular di aplikasi Tik Tok dengan meraih hampir sejuta tontonan setakat ini.

Dalam rakaman video itu, kelihatan seorang lelaki yang sedang tidur bersama-sama seekor kucing di bahagian dadanya yang tidur sama gaya dengan pemiliknya. Video tersebut sempat dirakam apabila pemilik video ingin mengejutkan pemilik kucing itu daripada tidurnya.

Video:

@jamin2712

😄🤣#kucingimut #fyp #kucing #fypシ #kucinglucu

♬ suara asli – jamal – jamal

Meninjau ke ruangan komen pula, netizen tergelak melihat gaya tidur mereka seperti kembar. Ada juga yang memberitahu biasanya kucing memang suka tidur dengan gaya seperti itu sekiranya mereka betul-betul selesa dengan keadaan sekitar.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Tiktok jamin2712



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "Kucing Dan Tuan Sama-Sama Tidur Terlentang, “Comelnya Terk4ngkang Tidur…”"

Post a Comment