PERSEMBAHAN Aisha Retno menerusi lagu Kesetiaan nyanyian asal Allahy4rham Siti Sarah mengundang seb4k penonton termasuklah juri program Big Stage 2022.
Terkenang pemerg1an mengejut sahabatnya itu, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat menitiskan air mata hingga tidak mampu memberikan komen untuk persembahan Aisha pada malam Ahad.
Menurut Siti, dia tidak dapat menahan emosi dan kesedihan kerana lagu berkenaan terlalu dekat dengan arw4h.
“Bila dengar lagu automatik teringat arwah, saya tak boleh fikir dengar suara orang lain. Kita tak boleh nafikan arw4h seorang penyanyi yang bagus, bekerja keras dan merendah diri.
“Namun dalam penjurian ini kita tetap menilai penyanyi (pelapis) berbakat besar yang akan meneruskan generasi saya, itulah yang membuatkan saya seb4k.
Aisha Retno sampaikan lagu Kesetiaan nyanyian asal Siti Sarah.
“Pemergian Sarah ketika itu dalam pandemik, kami sama-sama sedang mengandung… itulah yang membuatkan saya lebih teringat. Saya pun bersalin dalam situasi c0v1d-19 tapi Allah lebih menyayanginya,” katanya kepada mStar.
Penyanyi lagu Purnama Merindu ini ditemui selepas konsert minggu ketiga Big Stage 2022 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam Ahad.
Saya teringat pada arw4h, itu saja
SITI NURHALIZA
JURI BIG STAGE 2022
Semasa persembahan Aisha Retno, Siti dilihat menitiskan air mata hingga hilang kata-kata.
“Saya teringat pada arwah, itu saja,” katanya semasa memberikan komen persembahan Aisha.
Siti teringat arwah Siti Sarah.
Selain Siti, seorang lagi juri iaitu Ajai turut kelihatan seb4k dan memohon para penonton mendoakan kesejahteraan untuk Allahy4rham.
“Sudah kebetulan mendengar lagu arw4h, marilah kita sedekahkan al-Fatihah untuknya,” katanya.
Dalam persembahan itu, Aisha Retno menerima markah tertinggi iaitu sebanyak 82 peratus.
Konsert minggu ketiga Big Stage 2022 menyaksikan Lia Aziz tersingkir selepas menerima markah terendah.
Lia menyanyikan lagu Kisah Hati nyanyian asal Datin Alyah menerima markah 55 peratus daripada juri dan undian peminat.
Untuk rekod, Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur aki4t c0v1d 19.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "Persembahan Aisha Retno buat Siti Nurhaliza menangis… Seb4k teringat arw4h Siti Sarah"
Post a Comment